Beberapa hari lagi masyarakat India di Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut Hari Deepavali. Sudah kita ketahui dalam setiap perayaan yang disambut mestilah dalam keadaan gembira. Pada golongan yang bernasib baik pada mereka tidak menjadi sebarang masalah dalam menyediakan persediaan untuk menyambutnya. Cuba kita fikir bagaimana dengan golongan yang tidak bernasib baik...sudah tentu merayakannya dengan hati yang sedih serta apa yang diinginkan sukar untuk memilikinya.
Dalam menyambut perayaan ini disetiap kawasan, Ahli Parlimen yang diberikan mandat oleh rakyat di kawasan yang dimenanginya seharusnya memainkan peranan yang penting. Sudah tentu rakyat mengharapkan sesuatu agar dapat meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan tersebut. Sebagai contoh bantuan makanan sudah memadai pada mereka sebab ini dapat mereka memberikan sedikit jamuan makan secara kecil-kecilan untuk diberikan kepada sanak saudara yang datang ke rumah.
Hari ini lain pula jadinya di Seputeh. Masyarakat India dipersisihkan oleh Ahli Parlimen YB Teresa Kok. Mereka langsung tidak diberikan perhatian apatah lagi nak berikan sebarang bantuan pada mereka. Ahli parlimen apa macam ni? GR difahamkan Teresa Kok berikan bantuan pada siapa yang dia nak berikan. Ini jelas bantuan diberikan hanya pilih kasih.
Tapi masyarakat India di Seputeh hari ini berasa bersyukur kerana mereka tidak disisihkan dan rintihan mereka didengar oleh Kerajaan. Seramai 300 orang penerima bantuan sambutan Deepavali hari ini telah diberikan oleh UMNO/BN Seputeh. Bantuan yang diberikan berupa barangan dapur dan ini bertujuan agar dapat meringan beban mereka sekeluarga untuk menyambut perayaan Deepavali beberapa hari saja lagi.
Tahniah kepada UMNO/BN Seputeh kerana bilangan penerima bantuan pada tahun ini bertambah dari 200 ke 300 orang penerima. Ini menunjukkan UMNO/BN sentiasa menjaga kebajikan rakyat seiring dengan slogan yang dibawakan oleh Kerajaan iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
GR kata: No complaint No help ayat yang kena batang hidung Teresa Kok sendiri.
No comments:
Post a Comment