KUALA LUMPUR 4 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.
Memang hebatkan anak petualang negara ni...siapa lagi kalau bukan Nurul Izzah seorang YB yang pemalas macam bapak dia. Anak borek, bapak rintik la katakan. Jika kita lihat secara sedar atau tidak, pakatan pembangkang ini tidak mempunyai sebarang agenda yang baik untuk kesejahteraan negara, apatah lagi untuk menjaga keamanan dan kebajikan rakyat. Dalam setiap perkara yang mereka bawa tidak boleh digunapakai sebaliknya mendatangkan kemudaratan pada negara.
Pembaca lihat kenyataan akhbar di atas, secara rasional inikah sikap yang ada dalam diri seorang Islam? Di manakah nilai-nilai murni seorang Islam dalam diri Nurul Izzah? Seorang Islam sanggup berkata demikian dan sanggup melihat jatuhnya maruah diri sebagai seorang Islam. Inilah seorang Islam yang sanggup mengadaikan maruah diri dan melihat agama Islam itu jatuh dan dihina orang bukan Islam.
Islam adalah agama yang suci dan dalam Islam juga tidak melarang seseorang itu ingin memeluk Islam secara paksaan. Tapi jika sebagai seorang Islam seharusnya mempertahankan Islam itu sendiri dari membiarkan orang Islam itu menjadi kafir. Di manakah Ostad-ostad PAS yang kononnya bijak pandai sangat dalam bab hukum hakam Islam ni? Sanggup membiarkan orang Islam berkata sedemikian rupa demi kepentingan peribadi masing-masing. Lebih menyedihkan lagi sanggup membiarkan orang Islam menjadi MURTAD!!! Renung-renungkanlah....
GR kata: Nurul Izzah ni Islam ke tak? Lebih baik tak payah pakai tutup aurat buat malu jer...
4 comments:
memalukn,.,.,.,..,..,.,.,.,fikir2 lh dgn lbh dlm,,,jgn kerana jawatan sanggup merosakkn agam islam yg indh ini,.,.,.,
Kebebasan Memilih Agama untuk org islam - Jais teliti ucapan Nurul Izzah http://www.youtube.com/watch?v=_AgULKbK4SE&feature=youtu.be
Tiada Paksaan Dalam Agama, Rakaman Ucapan Nurul Izzah “Tidak harus ada paksaan di dalam agama..Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (unt
uk semua kaum),”kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November.http://www.youtube.com/watch?v=XXVAHH-W6tw&feature=player_embedded
Kenapa kalian susah nak faham bahasa Melayu, tak faham apa yang diucapkan oleh seseorang, kalau bahasa melayu pun susah faham bagaimana nak faham bahasa arab.
Sebenarnya bahasanya mudah, memang betulla, tidak paksaan dalam beragama untuk semua orang termasuk orang melayu. Maknanya orang lain tidak boleh paksa orang melayu masuk agamanya. samalah kita tidak boleh orang cina masuk agama kita.
bukankah itu ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran. Tetapi kalau orang Melayu masuk Islam, orang cina masuk Islam, orang India masuk Islam mereka haram tukar agama lain. Sebaliknya mereka wajib dipaksa melaksanakan hukum Islam.
Inilah yang hendak dijelaskan oleh Yb N.Izzah
Post a Comment