Tuesday, November 6, 2012

MASIH RAMAI ANAK MUDA TAK TAU PASAL #BR1M2.0 @rizalmanmokhtar @umbkl


Pertama sekali GR ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dengan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini adalah yang terbaik kerana ia merangkumi untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia. Perkara yang baik sudah tentu ada saja pihak yang tidak suka dan cuba untuk memburukannya itu adalah lumrah hidup.

Pada Bajet 2013 kali ini rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sekali lagi akan diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan kali ini lebih baik kerana golongan muda juga terpilih untuk menerima bantuan tersebut. Pada golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM 2,000 layak untuk memohon. Ini membuktikan Kerajaan tidak mengenepikan golongan muda ini kerana mereka adalah pelapis yang akan memimpin negara kelak.

GR ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Bdr Tun Razak kerana menyambut baik BR1M 2.0 pada kali ini. Pemuda UMNO BTR turut sama mengedarkan maklumat terkini mengenai pemberian BR1M 2.0 kali ini dan sebanyak lebih 2,000 borang telah dikeluarkan. Masih ramai sebenarnya golongan muda yang tidak tahu tentang BR1M 2.0 kali ini. Di manakah silapnya? Adakah kurang promosi yang dibuat oleh kerajaan?


Fungsi Utusan Pemuda ini seharusnya disambutbaik oleh semua pihak dan menjadikan contoh kerana di sini jugalah pelbagai sumber boleh disalurkan kepada rakyat secara terus. Menurut Pengerusi program, Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan WP :

"Walaupun umum mengetahui pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh didaftarkan secara online, tetapi apa yang Utusan Pemuda lakukan adalah sebagai pemudah cara bagi rakyat utk memohon dan termasuklah membantu mengisikan borang tersebut".

Kita terperanjat apabila mendapati ada dikalangan kumpulan sasaran BRIM 2.0 tidak mengetahui akan skim bantuan ini diadakan untuk mereka. Degan adanya Utusan Pemuda, kita telah membantu menerangkan sedikit sebanyak mengenai BRIM 2.0 ini." katanya.

Tahniah sekali lagi GR ucapkan kepada Utusan Pemuda. Teruskan momentum ini menyalurkan maklumat yang benar kepada rakyat dan berikan penjelasan dan gambaran sebenar kepada maklumat yang disalurkan agar rakyat boleh menilai dengan baik dan cepat mana yang baik dan buruk.


GR kata: Anak muda tak nak BR1M sebab banyak sangat sumber lain kot??

No comments:

Artikel pelbagai