Wednesday, November 7, 2012

TERKINI: STATEMENT @anwaribrahim PALING BODOH DALAM KARIER POLITIK BELIAU!!


Pagi ni GR tertarik dalam kenyataan media cetak yang dibaca, kenyataan tersebut dalam akhbar pakatan pembangkang sendiri yang sudah kita ketahui KAKI PENIPU. Dalam kenyataan tersebut Anwar mencabar Perdana Menteri, DS Najib Razak supaya bertanding di Marang pada PRU 13 nanti. Alasan BODOH yang beliau berikan adalah untuk melihat PM ini pilihan sebenar rakyat atau tidak. Tak ke BODOH namanya tu...

Baca di sini :
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar agar bertukar kerusi dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Cabarang itu disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Najib yakin beliau mendapat sokongan rakyat. Menurut Anwar, Najib sepatutnya bertanding di Parlimen Marang yang kini disandang Abdul Hadi sebagaiamana Presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandangnya.

"Kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas dan jika benar beliau yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Mengulas lanjut Anwar menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat belum memutuskan sama ada mahu meletakkan Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan.

"Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi turun temurun keluarga Najib pada PRU-13 akan datang. Hasratnya itu turut disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemimpin Umno bagaimanapun melihat tindakan Abdul Hadi umpama "membunuh karier politiknya" kerana mereka menjangkakan sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan.

Najib yang bertanding di Pekan pertama kalinya ketika berusia 24 tahun menang tanpa bertanding selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976. Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Pandangan GR senang saja, buang masa jika PM layan kenyataan Anwar Ibrahim ni. Sememang untuk menjadi seorang wakil rakyat lebih baik dari kalangan anak jati kawasan tersebut. Ini adalah kerana rakyat di kawasan tersebut lebih mengenali wakil rakyat tersebut dan lebih senang untuk berurusan dari segi pelbagai masalah. Seorang wakil rakyat tersebut jika dari kawasan sebagai contoh Pekan dan Marang perlunya ajat jati kawasan tersebut kerana beliau lebih mengetahui apa masalah yang timbul di kawasan tersebut dan lebih penting memahami selok belok dan hati rakyat.

Bukan seperti pemimpin pakatan pembangkang yang kita lihat sekarang ini rata-rata kawasan mereka bertanding, mereka bukannya asal dari kawasan parlimen atau DUN tersebut. Kebanyakkan mereka bidang terjun kawasan dan rakyat tidak mengenali si pemimpin. Sebab tu pemimpin tersebut tak kisah untuk turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat. Dah la malas turun padang...apatah lagi nak beri bantuan kepada rakyat.

Kita lihat sejak dari 2008 hinggalah sekarang di Parlimen atau DUN yang dimenangi oleh pakatan pembangkang. Apa pembaharuan yang dibuat oleh mereka? Korang yang dari kawasan tersebut yang merasai perit dan pedihnya betul tak? Tak perlulah GR dedahkan dengan lebih lanjut. Alasan mereka berikan sibuk dengan portfolio yang mereka pegang seperti exco negeri, MB dan macam-macam lagi lah. Tanggajawab dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada undian tersebut harus dipikul dengan amanah bukannya goyang kaki...betul tak??

Berbalik dengan kenyataan BODOH Anwar ini yang mencabar PM bertanding di Marang adalah kenyataan macam budak tak cukup akal. Kenapa beliau sendiri yang tidak pergi bertanding di Pekan...takkan takut kot YB, takut kalah nanti dengan PM dengan kekalahan majoriti nanti lari tak cukup tanah ker? He he he....

Macam ni ker nak jadi pemimpin sampai berangan nak jadi PM Malaysia. Kononnya rakyat Malaysia keseluruhannya menyokong beliau untuk menjawat jawatan tersebut. Perkara sebegini pun tak berani untuk ambil risiko inikan pula nak mentadbir negara. Jawapannya HANCUR!!! Sibuk suruh orang sana ini bertanding dengan pemimpin-pemimpin hebat UMNO/BN tapi Anwar sendiri kenapa berdolak dalik tak nak pertahankan Permatang Pauh...mohon jawab yer wahai Pak Anwar Ibrahim....!!!




GR kata: Nak pemimpin yang berjiwa rakyat atau pemimpin nak bernafsu kuda dan pikir hal sendiri. Fikir-fikirkanlah yer....

No comments:

Artikel pelbagai