Thursday, November 8, 2012

KONVOI #1MBW AKAN GEGARKAN PUTRAJAYA!! @sbcmsia @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Superbikers Association of Malaysia (SAM) dengan kerjasama Media Prima Berhad (Media Prima) akan menganjurkan Konvoi Jelajah 1’Malaysia Bike Week 2012 dari 6 hingga 11 November depan.

Konvoi disertai 536 peserta dan melibatkan 438 motorsikal berkuasa tinggi akan menjelajah ke beberapa negeri di Semenanjung, dengan pelepasan peserta bermula dari Johor Bahru dan berakhir di Putrajaya. Tujuan program ini diadakan untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia kepada rakyat Malaysia ke kawasan yang akan mereka pergi.

Program tahunan ini diadakan adalah dalam usaha menghimpunkan 5,000 motosikal berkuasa tinggi di Putrajaya pada 11 November 2012 (Ahad) dan sebanyak 5,000 motorsikal berkuasa kecil juga akan turut dihimpunkan pada hari tersebut. Ini adalah menunjukkan tiada sekatan hubungan antara semua lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai latarbelakang mereka dan boleh bergaul dengan baik antara satu sama lain.

Antara lokasi persinggahan peserta ialah Johor Bahru, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur dan berakhir di tapak 1’Malaysia Bike Week 2012 di Putrajaya.

Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Sulaiman Samia’an dan Setiausaha Kerja, Hairy Mahmood. Abdul Halim berkata, acara kemuncak konvoi berkenaan dijangka dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut sama menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

“Matlamat utama penganjuran program ini sebagai usaha menyuburkan industri pemotoran Malaysia, selain mewujudkan semangat kekitaan antara penunggang motosikal daripada pelbagai latar belakang kerjaya.

“Sebab itu, kita berharap penunggang motosikal berkuasa tinggi melebihi 500cc mengambil peluang bersama-sama menyertai program yang akan dihadiri Najib,” katanya.

Kutipan derma antara peserta konvoi juga diadakan dan hasilnya akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri yang mereka kunjungi dan ini bertujuan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir dan juga masyarakat yang kurang bernasib baik.


GR kata: Jom semua geng-geng motor kita jumpa di Putrajaya hari Ahad ini...Jangan lepaskan peluang anda!!

No comments:

Artikel pelbagai