Sunday, July 8, 2012

PAS MAKIN SEWEL! KEMARUK JATUHKAN HUKUM!


Hukum atau menghukum sudah jadi satu trend dan ‘permainan’ sesetengah ulama, pengikut dan penyokong PAS lebih-lebih lagi golongan yg terlibat dalam gelanggang politik pilihanraya. Hukuman sembrono yang dilakukan mereka saperti hukuman fasiq, sesat, zalim, kafir, murtad dan lain-lain tanpa rasa bersalah, malu dan takut dengan Allah S.W.T bertujuan untuk menjatuhkan, menghina, mengaibkan dan memalukan seseorang, mazhab atau parti yg tidak sefahaman dan seperjuangan dengan mereka.

Setelah menjatuhkan hukum mereka merasa bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah S.W.T sepatutnya rasa takut dengan Allah S.W.T apabila telah menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Takut kalau-kalau hukuman itu tidak adil dan tidak betul.

Sebenarnya tindakkan menjatuhkan hukum adalah kerja yang amat takut dilakukan oleh orang mukmin sejati. Orang mukmin apabila dia terlanjur dalam menjatuhkan hukum terhadap orang Islam lain dia akan rasa amat takut, keluh kesah dan sangat menderita.

Takut kalau-kalau tersilap hukum hingga hukuman itu kembali menimpa muka dia sendiri di dunia ini lagi dan Allah S.W.T akan tempelak di akhirat kelak. Siapa nak jawab tu?? Para Hakim dan para Mufti yang mukmin walaupun mereka ada kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukum sangat takut untuk menjatuhkan hukum terhadap sesuatu kesalahan orang kerana bimbang tersalah hukum.

Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a sendiri kalau dia rasa percakapan dia sudah menyakiti orang Islam lain (tak menjatuhkan hukum pun) akan tergesa gesa berjumpa Rasulullah S.A.W minta dirinya di jatuhkan hukum qisas.

Begitulah iman orang mukmin yang memperjuangkan hukum-hukum Allah S.W.T sangat takut dengan Allah S.W.T kerana itu mereka sangat takut dalam menjatuhkan hukum. Berbeza dengan puak-puak dan Ostad-Ostad PAS yang hukum hakam dalam Islam dah jadi mainan dan sebati dalam diri mereka. Hari ini hukum kafir, haram, esok-esok dah boleh pulak. Hari ini kata aurat wanita masuk musabaqah haram, esok-esok tarik hand brake pulak....Alahai Ostad-Ostad PAS!!


GR kata: Renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Artikel pelbagai