Wednesday, July 11, 2012

TERKINI: BAPA 'IMAM MAHDI' TAK RESTU ANAK SERANG PEJABAT PM!

Inilah puncanya apabila otak tidak boleh berfungsi dengan baik mahupun secara matang. Terlalu percayakan kisah-kisah tahyul dan mengamalkan ilmu syirik, bertindak nekad hanya bersangka dirinya tidak lut bila ditembak dan kebal. Dengan mendakwa diri beliau 'Imam Mahdi' dan menyangka dirinya kebal dari segala benda dan sanggup biarkan diri ditembak oleh pihak polis.

Akhinya beliau rebah, dan apa yang disangka rupa-rupanya ada muslihat disebalik ajaran sesat yang beliau anuti. Disebabkan itu juga, bapa pada 'Imam Mahdi' ini juga terkejut dengan perbuatan yang diluar kotak pemikiran seorang manusia yang waras lakukan. Bapa beliau tidak menyangka anaknya sanggup melakukan aksi ganas tersebut.

Ikuti kisahnya seterusnya dibawah :


PUTRAJAYA – Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas.

Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

“Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

“Saya kesal dengan apa yang dia buat,” katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu. – BERNAMA

GR kata: Manusia yang taksub pada benda lain selain Allah, syirik namanya. Lagi percaya ajaran sesat dari ajaran agama Islam yang suci.

No comments:

Artikel pelbagai