Inilah dalam peribahasa Melayu berkata "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Beberapa pihak sekarang ini mungkin tidak senang duduk kerana rahsia mereka sedikit sebanyak bakal terbongkar jua.
Janganlah kita sangkal bahawa pihak Polis di Malaysia tidak hebat! Buktinya ternyata pihak polis berjaya mengesan individu yang menghantar 'Imam Mahdi' dan sorang gundik beliau ke Jabatan Perdana Menteri dalam kes beberapa hari yang lepas. Apakah motif disebalik kejadian BODOH pihak ini ingin lakukan? Yang menjadi mangsa si 'Imam Mahdi' ini. Si kepala masih terbang bebas.
Kisah seterusnya baca di bawah:
Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan."Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu.
Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Bernama
GR kata: Mana mau lari haaaa...?? Takder la kebal sangat badan 'Imam Mahdi' ni kan? Hehe hehe
No comments:
Post a Comment