Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya terus menabur janji baru seperti yang dilakukan di Perak dan Selangor.
"Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih Johor, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor.
"Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar 'saudagar janji' ini hanya tahu menabur janji ini. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN)" kata Naib Presiden UMNO ini.
"Johor is Blue State, pihak pembangkang jangan cuba menukar warna pucuk pimpinan parti yang sudah memerintah sejak dahulu lagi" - kata amaran dari DS Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian semalam.
Dalam ucapan awalnya, beliau menggesa pemimpin dan ahli UMNO supaya bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti dalam menghadapi sebarang cabaran. DS Zahid Hamidi juga meminta jentera parti disemua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum yang dilihat sebagai 'ibu' kepada segala pilihan raya sebelum ini....
GR kata: Rakyat Johor tak suka kaler hijau, roket atau pun logo mata dajjal...
1 comment:
Mohon pautkan link kami dari Sarawak, tuan.
sibuti-selamanya.blogspot.com
Terima kasih tuan.
Post a Comment