Thursday, June 28, 2012

TERKINI: BIDUANITA NEGARA SAH SEBAGAI PENGUNDI!


Pejabat Pos Besar di sini semalam menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.

Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.

"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.

"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. - Kosmo


GR kata: Tunaikan kewajiban sebagai rakyat Malaysia. Masa depan negara terletak ditangan rakyat Malaysia.

No comments:

Artikel pelbagai