Sunday, June 24, 2012

PANAS: SARANG PELACUR MP BKT BINTANG DISERBU! DAP DAH GOYANG! #MPmalas


Sekumpulan 33 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelancong di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini dicekup semalam.

Kesemua pelacur, masing-masing 15 wanita Uzbekistan, Tajikistan (15), Kyrgyzstan (1) dan Thailand (2) ditahan dalam serbuan oleh polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi.

Ketika ditahan, kesemua warga asing yang berusia 23 hingga 36 tahun itu menunjukkan pas pelajar beberapa buah kolej swasta di ibu negara.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semakan polis dengan pihak pengurusan kolej-kolej terbabit mendapati kumpulan warga asing itu tidak pernah menghadiri sesi pembelajaran walaupun mendaftar masuk ke negara ini untuk belajar.

 Pelacur yang ditangkap

"Kumpulan warga asing itu hanya memohon untuk mendapatkan kad perakuan pelajar untuk bekerja sebagai GRO atau pelacur dan bukan untuk belajar," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman.
- Kosmo


GR kata: Ahli Parlimen Bkt Bintang makan gaji buta...apa pun tak boleh!!

No comments:

Artikel pelbagai