Sunday, June 24, 2012

PANAS: PELAKON POPULAR KANTOI HISAP GANJA??


Pelakon Nur Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik, dikatakan telah mengambil dadah jenis ganja di set penggambaran drama Mis Cinta bulan lalu di Kemaman, Terengganu.

Namun pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang tidak berasas ke atas dirinya.

“Saya tidak mahu komen lagi, jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.

“Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.

“Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya,” katanya.

Erin yang telah menerima pelbagai tohmahan dari gosip yang melibatkan dirinya itu menegaskan jika perkara ini berpanjangan, dia tidak teragak agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tambah Erin lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa orang sanggup menabur fitnah dan mempunyai perasaan cemburu ke atasnya. Erin yang baru sahaja selesai dari penggambaran drama Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie , Nur Iman. - Murai


GR kata: Dadah musuh negara!

1 comment:

Anonymous said...

Artis punya jawapan....(no komen)(itu bukan persoalannya)(biarlah tuhan menentukan)"Doakan supaya suatu hari nanti saya berubah" ,"Ye ke?" ,"Semua itu fitnah!" ,"You know..." ...x caya tanya artis tu...keh keh keh

Artikel pelbagai