Tuesday, June 26, 2012

JOM KE MASJID INDIA PETANG NI! ADA KEJUTAN UNTUK WARGA KOTA KL! @SHEBMALAYSIA @tengkuazman @razlanrafii @rizalmanmokhtar @umbkl @ahmadmaslan


Membela dan Membawa Suara Masyarakat Bandar "Rakyat Diutamakan" itulah tema atau pun slogan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) merupakan biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia didaftarkan sebagai sebuah NGO sekitar tahun 2010.

Peranan yang diambil oleh SHEB ialah :

1. Membantu menaikkan taraf hidup masyarakat bandar.
2. Mengembalikan warisan.
3. Merancang dan mewujudkan program2 bagi mengatasi dan mengenal pasti masalah sosial masyarakat bandar.
4. Membantu dan memastikan keselamatan kehidupan penduduk bandar dlm konteks kemudahan dan persekitaran.
5. Bertindak sebagai pengantara agensi berkaitan.
6. Menjadi PENDESAK kepada masaalah masyarakat terhadap pihak yang bertanggung jawab.

Oleh sebab itu, SHEB di bawah penerajunya Sdr Tengku Azman Tengku Zainol Abidin bertanggungjawab memastikan SHEB terus mendapat tempat di hati masyarakat terutama di kawasan bandar Kuala Lumpur. Sehingga tahun 2011, SHEB telah berkhidmat kepada lebih 200,000 rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aktiviti mingguan SHEB adalah mengedarkan makanan kepada kumpulan gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur melalui program 'Food For Life'. SHEB turut berperanan menyampaikan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan tanpa mengira masa, ketika dan juga pegangan politik.

Oleh itu, GR ingin MENJEMPUT pada semua warga kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pada petang ini (26 Jun 2012), SHEB akan mengadakan sambutan minggu ke 120 'Food For Life' di Perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur sekitar jam 5.00 petang. Majlis ini akan turut disertai bersama Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.


GR kata: Korang nak tau apa kejutan tue...datang jangan tak datang petang ni yer!

No comments:

Artikel pelbagai