Saturday, May 4, 2013

HOT: OSTAJAH ABBY, OSTAD HAIRIE OTHMAN SENTAP DENGAN DEN WAHAB PASAL VIDEO NIE? #PRU13

Golongan artis di Malaysia sudah sinonim dengan penglibatan mereka dalam bidang politik. Kita juga ketahui tujuan matlamat mereka sertai parti-parti politik di Malaysia.

Ada sesetengahnya menceburkan diri dalam bidang politik untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan, tapi kita lihat dari mata kasar kita di manakah kebaikan yang ditunjukkan pada masyarakat umum...sebab cara mereka berhujah pun sama seperti sifu mereka yang gemar memberikan 'fatwa politik'.

Lain pula golongan artis yang menyokong pihak Kerajaan BN, kerana mereka tahu dan faham bahawa kerajaan inilah yang selalu membantu mereka dalam apa jua sekali pun. Janganlah disebabkan merajuk, tak dapat tawaran berlakon dan menyanyi kita salahkan pihak Kerajaan.

GR sempat bertemu bual dengan pelakon OTAI, Den Wahab mengenai pandangan beliau tentang artis yang ceburi bidang politik. Jom layan dan fahami dengan akal fikiran kita :





GR kata: Abg Den Wahab memang steady...darah perjuangan yang kental!!

VIDEO EKSKLUSIF: PAS BUTA HATI, CAKAP PUN TAK SERUPA BIKIN! KAN DAH KANTOI!! #PRU13



GR kata: Islam mengajar kita bersikap adil, bukan atas sebab-sebab tertentu jerk. PAS tak abis-abis lacurkan Islam demi Putrajaya. SELAMAT MENGUNDI! BUATLAH PILIHAN BIJAK!!

CHECKMATE: 'ANAK DIDIK' BANG NON DEDAHKAN KRONOLOGI JAM OMEGA..!! #PRU13


Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyedari kehilangan jam Omega pada hari sama video seks Datuk K mula ditayangkan di khalayak ramai dua tahun lalu, kata seorang bekas peguambela Anwar Ibrahim.

Yuktes Vijay berkata pada 23 Mac 2011, beliau bersama peguam lain dan beberapa pemimpin PKR berada di rumah Anwar di Segambut apabila desas-desus wartawan menonton video China Doll itu tersebar.

“Kami duduk menanti beliau, seketika kemudian, Anwar pun turun memakai singlet dan sarong dengan perut buncit. Ya. Pada ketika itu perutnya buncit,” kata Yuktes dalam memperinci pengalamannya berkerja dengan pasukan peguam Anwar.

Azizah sedar jam Omega hilang

“Seketika kemudian, Wan Azizah meluru ke arah Anwar dan berkata kepadanya ‘Bang jam dah hilang’,” kata beliau.

Pendedahan Yuktes menggemparkan kerana Azizah dan Anwar sebelum ini rata-rata menegaskan  jam itu  ada dalam simpanan mereka apabila Anwar dikaitkan dengan video seks membabitkan pelacur.

Yuktes berkata beliau hanya memberikan perhatian kepada kenyataan Azizah kira-kira seminggu selepas Shazryl Eskay mendedahkan bahawa beliau mempunyai jam itu.

Eskay mendakwa jam itu ditinggalkan oleh pelaku dalam video berkenaan di kamar hotel selepas mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Yuktes berkata, meskipun beliau tersentak dengan misteri jam omega itu, “saya mengambil pendirian ketika itu untuk terus dengan kerja saya..dan saya anggap yang dilakukan oleh Anwar adalah antara beliau dan isterinya,” kata Yuktes.

Dalam wawancara itu Yuktes mengupas bagaimana beliau bertukar daripada seorang “Anwarista” tegar kepada pengkritik Ketua Pembangkang itu selepas melihat perwatakannya dari dekat.

“Banyak benda yang saya sendiri perhatikan ketika perbicaraan dan di luar mahkamah membuat saya berfikir semula mengenai orang ini,” kata beliau.

Tolak Anwar sebab dia tidak layak

Dengan hari pengundian 24 jam lagi, Yuktes berkata beliau sekali lagi tampil untuk menggesa pengundi menolak Anwar kerana beliau tidak layak memimpin negara.

“Saya tidak akan lupa 23 Mac kerana itu hari jadi saya…Anwar nampak gelisah dengan tayangan video itu di Carcosa. Budak-budaknya sibuk mencari alasan untuk menafikan Anwar pelakunya,” kata Yuktes.

Beliau berkata Anwar pada mulanya mahu menuduh bahawa video itu menggunakan teknologi CGI (computer  generated image) namun kemudian setuju menggunakan alasan ‘pelaku dalam video buncit perut’ dan beliau tidak,” kata Yuktes.

Jadi rancangan pun diatur untuk beliau memakai sebuah vest untuk menutup perutnya itu,” kata Yuktes.

Mengupas kes Anwar dituduh meliwat Saifu Bukhari Azlan pada tahun 2008, Yuktes berkata pelbagai pihak di kem Anwar sendiri yakin ketua pembangkang itu akan disabitkan dengan tuduhan berkenaan.

Kesilapan besar Jude Pereira

“Namun yang menyelamatkan Anwar adalah kesilapan besar pegawai penyiasat polis Jude Pereira untuk tidak menyimpan bukti sampel DNA mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” kata beliau.

Meskipun begitu, Yuktes berkata rakyat perlu menilai beberapa hakikat mengenai kes itu.

Paling utama adalah hakikat  bahawa Anwar sendiri tidak berani memberikan keterangan di kandang saksi.

“Ini tentunya kerana Anwar tidak mungkin menjawab persoalan kenapa beliau memberi layanan istimewa kepada Saiful, termasuk mengiringinya ke luar negara dan macam-macam lagi walaupun baru mula bekerja,” kata Yuktes.

Yuktes berkata beliau sendiri sangsi terhadap pengakuan tidak bersalah oleh Anwar ke atas tuduhan itu apabila pasukan peguambela Anwar menemuramah pemilik kondominium di mana kejadian itu didakwa berlaku.

Pemilik kondominium enggan bantu Anwar

“Orangnya,  Hasanuddin Abdul Hamid dan isteri begitu rapat dengan keluarga  Anwar. Nurul memanggil isterinya ibu,” kata beliau.

“ Hasanuddin sepatut cukup bersedia menjadi saksi alibi Anwar bagi  mengesahkan beliau (Anwar) tidak ada dalam unit itu seperti yang dituduh.  Tetapi beliau tidak berbuat demikian,” kata Yuktes.

“Hasanuddin tidak mahu menjadi saksi untuk Anwar. Dalam sesi temuramah itu beliau berulang kali memberitahu Anwar bahawa “awak tahu apa yang awak sudah lakukan,” kata Yuktes.

Yuktes menggesa pengundi untuk berfikir secara berhati-hati sebelum mengundi Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar. .

Menurut beliau, Anwar mempunyai banyak personaliti yang orang ramai tidak menyedarinya.

Yuktes berkata peluang berkhidmat dengan Anwar membolehkan beliau memperoleh maklumat tentang gaya kepimpinan pemimpin PKR itu.

“Saya sendiri melihat bagaimana beliau akan mengerang dalam kesakitan mengenai kecederaan belakangnya di mahkamah dan sebelah malam, ketika berceramah, beliau bukan main ligat lagi,” katanya

Yuktes berkata, apa yang penting baginya ialah, Malaysia seharusnya diterajui seorang Perdana Menteri yang membawa negara ke tahap yang lebih tinggi berbanding seorang pemimpin yang akan menghancurkanya.

Friday, May 3, 2013

TEKNIK 'WINNING PSYWAR' PAKATAN..!! RUSUHAN AKAN BERLAKU JIKA PAKATAN KALAH..!!! #PRU13


Sebarkan!!! Pakatan Haprak sedang main strategy 'winning psychology' dengan sebarkan kononnya BN telah kalah di 9 negeri dan pakatan menang d 160 kerusi parlimen. Kononnya sumber dari BN la UMNO la SB la dan macam-macam lagi.

Ini semua tipu! Mereka sebenarnya sedang risau dengan momentum sokongan kepada BN yang semakin meningkat. Bagi parlimen sebenarnya BN dah secure 160 kerusi. (Maklumat ni dari Bilik Gerakan Pakatan). Baca SINI

Dalam jangkaan dan analisis, Kedah dan Selangor akan kembali kepada BN. Kelantan juga agak goyah dgn pelbagai isu dan kempen TUKAR.

Cuma Pulau Pinang masih kekal kerana faktor pengundi Cina. Tak mungkin Johor boleh jatuh kepada mereka kerana rakyat Johor amat setia kepada kerajaan.

Pelbagai taktik sedang dilaksanakan termasuk menyerang SPR drp pelbagai sudut. Ini kerana mereka tidak yakin akan menang dan paling senang adalah menyalahkan SPR kononnya berpihak kepada BN. Ini taktik keji pakatan haprak meraih undi simpati rakyat. Baca SINI

Sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sudah matang dan pandai berfikir. Tak mudah dibodohkan taktik kotor macam ni! Pergi Matilah..!!

Ini adalah susulan rancangan kedua mereka untuk mencetuskan huru hara semasa dan selepas membuang undi.

Hasil maklumat dan analisa yang dibuat, punca rusuhan ini bakal terjadi adalah disebabkan oleh dari tindakan pihak atasan pakatan haprak sendiri.  Sumber dari WarRoom DAP dan PKR beritahu GR, pihak atasan pakatan sudah ketahui mereka akan kalah teruk pada PRU13 ini. Oleh itu, strategi mereka berubah dengan memberitahu pada pucuk pimpinan peringkat kedua seperti ketua-ketua cabang, bahawa 5 Mei ini Pakatan Haprak akan menang besar dan berjaya ke Putrajaya. Lanjutan baca juga DI SNI

Ini adalah cara terakhir pakatan haprak untuk meraih undi rakyat 5 Mei nanti. Adakah ini Kerajaan yang ingin kita angkat dan berikan mandat untuk memerintah negara? Jangan takut keluar mengundi, tunaikan kewajiban kita sebagai rakyat Malaysia dan kekal pucuk pimpinan yang sentiasa mendahukan rakyat. Percayalah pada anggota keselamatan negara. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Pakatan bacol, gila kuasa. Dah kalah tu terima jelah..!!!

CACAI PAKATAN TAK DER MODAL, KEMALANGAN ANAK @Zahid_Hamidi DIPOLITIKKAN! #PRU13


Kalau dah namanya tak ada kerja, tak ada modal untuk dijadikan cerita inilah jadinya. Kesian dan sedih bila tengok cacai-cacai pakatan haprak terutama sekali di Bagan Datoh. Tak ada modal untuk dijadikan fitnah yang dah sebati dalam diri mereka, kisah kemalangan anak DS Zahid Hamidi dipolitikkan.

Elo bro The Sniper jangan bodoh, tak ada masa kejadian lagi mau pusing cerita ka kawan. Rakyat Bagan Datoh bukan bodoh macam hangpa semua!!

Kronologi kejadian sebenar anak DS Zahid Hamidi :
1. Aanak DS Zahid Hamidi bukan membuat provokasi seperti yang diceritakan dalam blog bodoh tu...anak DS Zahid Hamidi menaiki motosikal pusing melihat kampung halamanan. Ada yang memerlukan bantuan, akan diberikan terus oleh beliau.

2. Kawasan kemalangan yang blog bengong ni beritahu pun salah. Kawasan kemalangan sebenar sekitar pejabat Mardi dan di situ tiada bilik gerakan PKR. Jambatan jalan yang berbongol sesiapa pun akan hilang kawalan. Ke The Sniper ni naik basikal buruk jer??

3. Saksi utama yang membantu anak DS Zahid Hamidi bukan dari cacai PKR tapi budak kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian. Budak kampung turut memanggil ambulans dan DS Zahid Hamidi juga turut bersama anak beliau dalam ambulans tersebut untuk dibawa ke Hospital Teluk Intan. Driver ambulans tersebut adalah kawan baik pada DS Zahid Hamidi. Bukan cacai PAS yang uruskan tau!!

Blogger cacai pakatan nie tahu tak calon-calon pakatan haprak di Bagan Datoh menghantar SMS pada DS Zahid Hamidi turut bersimpati atas apa yang terjadi dan mendoakan agar anak DS Zahid Hamidi cepat sembuh seperti sediakala.

Inilah pemikiran sempit cacai pakatan haprak, semua perkara nak dipolitikkan kononnya ingin mengambil kredit merekalah yang berjiwa rakyat dan bersimpati dalam semua perkara. Cakap tak serupa bikin. Kalau ahli keluarga blogger bengong nie jatuh longkang mesti UMNO jugak yang disalahkan. Dasar manusia yang tak der otak, pemikiran sempit...JUMUDDDD!!

Buat cacai pakatan haprak, belajar dan fahamkan hadith nie....

Dalam sebuah hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


Justeru hukum belajar dengan orang yang suka menipu ini ialah haram kerana mereka tergolong dalam golongan yang melakukan kezaliman. Sedangkan Allah SWT melarang kita bersekongkol dengan orang yang melakukan kezaliman.


GR kata: Cacai pakatan pi sekolah agama, jangan buang masa menipu rakyat.
 

Artikel pelbagai