Monday, May 14, 2012

@SUHAKAM MEMBELA KEGANASAN?? APA CITER NI..??


Apakah misi dan visi sebenar Suhakam ditubuhkan? Adakah untuk menjaga hak asasi minoriti yg mengganas? Atau adakah Suhakam diwujudkan untuk pupuskan kuasa polis sedangkan kuasa yg ada pada polis berlandaskan undang2?

Adakah Suhakam mengamalkan sikap sayangkan mereka yg mengganas dan mahukan polis tidak berkasar dengan mereka yg mengganas? Contohnya perhimpunan haram Bersih 3.0, sedangkan matlamat sebenar mereka amat kotor.

Bagaimana pula dengan hak asasi majoriti rakyat Malaysia yg menghadapi pelbagai kesusahan akibat perbuatan minoriti yg mengganas ini? Sehingga ini sudah tiga kali perbuatan menyusahkan rakyat diadakan. Bagaimana pula hak asasi kami majoriti rakyat yang amat selesa dan bersyukur dengan apa yg ada? Bagaimana dengan hak asasi para peniaga, pemandu teksi, pekerja syarikat bas?

Atau bagaimana dengan hak asasi tuan punya kompleks beli belah, hak asasi anggota polis? Apakah mereka perlu ada satu badan lain untuk menjaga hak asasi mereka? Suhakam mempertikaikan tugas polis semasa menghadapi mereka yg mengganas ini. Jika polis tidak bersikap seperti polis, maka semakin ramailah yg akan mengganas kerana polis tidak boleh bertindak ke atas mereka yg mengganas. Jika polis tidak dibenarkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam tindakan atau siasatan, apakah pengganas, penjenayah dan perompak akan memberikan maklumat dengan sukarela kepada polis?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai tahap profesionalisme yg amat tinggi dalam menjalankan tugas selama ini. Cuma pembangkang dan penggerak Bersih (yang kotor) sahaja sentiasa mengutuk dan memperlekehkan PDRM. Ini disebabkan sikap gila kuasa yg meluap2 serta iri hati dengan kemajuan serta kemakmuran negara di bawah kepimpinan BN.

Wahai Suhakam dan penyokong buta tuli pembangkang, ingatlah kalau pembangkang dan konco2nya yg belum pun berkuasa tetapi melakukan pelbagai kerosakan dan melanggar undang-undang negara, bayangkanlah apa akan jadi kepada Malaysia apabila mereka ini berkuasa. Muhasabahlah diri anda semua sebelum terlambat demi masa depan agama, bangsa dan negara dan kita semua.


GR kata: Rakyat Malaysia bencikan keganasan, rakyat Malaysia cintakan keamanan!!

Sunday, May 13, 2012

PANAS TERKINI: TASHA SHILA KANTOI LAGI! APE KES LAGI NI..? #JDAB2012


Siapa tidak kenal dengan pemenang ABPBH 2011 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ini, Tasha Shila. Dengan raut wajah yang comel dan cantik serta bakat yang terbaik dalam bidang lakonan, ada saja kontroversi yang melanda artis ini. Sebelum ini kita dengar kisah panas artis ini menari ala ghairah di sebuah kelab malam terkenal di K.Lumpur. Penafian demi penafian yang dibuat oleh Tasha baik di ruang akhbar dan juga media sosial.

Kali ini timbul lagi kisah panas yang mungkin GR rasa Tasha masih tidak serik dengan apa yang berlaku sebelum ini. Ingin tahu kesahihan apakah benar kesahihan kontroversi ini benar atau gosip baca di bawah :


Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) kini telah memasuki hari yang ketiga dalam usaha mencari rakyat kurang berkemampuan supaya menyambung pelajaran ke peringkat Universiti. Terkini, Skuad JDAB2012 berada di sekitar Kuala Lumpur.



Program ini merupakan program yang dinaungi sendiri oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah badan NGO dengan kerjasama penuh UiTM.

Sehingga ke hari ini hampir 3,000 data pelajar lepasan SPM berjaya dikumpul oleh Skuad JDAB2012 yang mana semalam lebih 100 lepasan SPM di Bagan Datoh bakal diserap ke program MDAB untuk mengikuti Pra-Diploma selama 6 bulan di UiTM secara PERCUMA!!

Lihat video ini apa yang berlaku sekitar Skuad JDAB2012 di Uptown Danau Kota :




Kisah lanjut KLIK DI SINI


GR kata: Terima kasih artis Malaysia yang membantu menjayakan program yang bermakna ini. Semua orang tahu pendidikan amat penting untuk pertumbuhan masa depan anak bangsa dan negara yang lebih baik.

PANAS: PUAK PAS SAMBUT ULANGTAHUN #UMNO66? @TengkuAdnanReal


Apakah gambar di atas menceritakan segala-galanya?? Apakah benar pakcik-pakcik ini sudah meluat dengan PAS?? Semua rakyat Malaysia tahu PAS hanya menggunakan Islam sebagai meraih simpati undi rakyat. Islam adalah agama yang suci kenapa mesti mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak berlandaskan Islam langsung...Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....

Nak tahu apa pakcik-pakcik ni kata?? Jom lihat video di bawah:





GR kata: Inilah rakyat Malaysia yang faham erti kemerdekaan yang sebenar dan tahu mana yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

SELAMAT HARI IBU, HAPPY MOTHER'S DAY!!


Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu, bonda, emak, umi di Malaysia yang menyambutnya pada hari ini. Jasa ibu harus kita kenang sampai bila-bila. Pengorbanan yang dibuat oleh seorang ibu harus kita hargai. Seorang ibu boleh membesarkan anak-anaknya walau berapa ramai sekali pun, si anak haruslah faham pergorbanan yang sangat besar dilakukan oleh seorang ibu.

Sesungguhnya Syurga di bawah tapak kaki ibu, insyAllah ganjaran yang baik kita akan terima di akhirat kelak.

Puisi khas untuk Ibu-ibu di Malaysia :
Ibu meskipun dirimu manusia biasa
Bagiku engkaulah malaikatku
yang tak pernah lelah
membimbingku

Ibu, maafkanlah aku
Yang dulu sering tidak memahamimu
Yang kadang meremehkanmu

Ibu, engkaulah suwargo katon itu
Tak pernah terlambat memberi kedamaian
Semoga kau bahagia selalu
Semoga aku dapat membahagiakanmu

Ibu, hari ini kami memperingatimu
Ibu, Selamat “Hari Ibu”
Terimalah salamku ini
Dari anak tercintamu.


 GR kata: Sayangilah Ibu kita dan sentiasa doakan untuk mereka...Azmin dah balik ziarah Mak Tom ker??

PANAS: JANDA KANTOI BEROMEN..!!


Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.

Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.

“Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan. Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya.

Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya. “Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor,” katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah. - SH


GR kata: Macam-macam la...dah ala-ala geng-geng Pakatan Haprak punya al-kisah...

Artikel pelbagai