Thursday, August 14, 2014

#KRISISSELANGOR: PERANGKAP ANWAR MAKAN TUAN, KALAH DENGAN ANAK BUAH SENDIRI! @Khalid_Ibrahim @rafiziramli @abdulhadiawang


Sejak dari awal Anwar dipecat atas sebab KESALAHAN diri sendiri, kita lihat pelbagai cara yang beliau buat untuk menjatuhkan pemerintahan Kerajaan sekarang tapi lihatlah sendiri...semuanya makan tuan balik.

Inilah balasannya bila mana setiap perkara yang dibuat hanya untuk kepentingan peribadi. Kalau masih ada yang BUTA MATA tak tau nak cakaplah. Lihatlah sendiri antara geng dalam pakatan pun mereka tak sefahaman, inikan pula nak tadbir negara mahu pun negeri.

Peralihan kuasa, pentadbiran MB Selangor seharusnya mendapat perkenan Sultan Selangor. Anwar ingat Selangor nie bapak dia punya ker??

'Kajang Move' memang kena untuk Anwar sebab langkah dia untuk terus duduk diam dalam penjara. Tak gitu Bang Non!! Tahniah GR ucapakan pada TS Khalid kerana masih kekal untuk mentadbir Selangor. Jangan risaulah walaupun anda parti Bebas, pentadbiran yang amanah dan ikhlas itu yang terbaik untuk rakyat Selangor.

Lihat kenyataan media di bawah, nampaknya TS Khalid bukan lawan Anwar sebenar. Kena tempeleng macam sampah jer dibuatnya. Keh keh keh...


Tersebarnya surat ini maka mengesahkan khabar angin bahawa Anwar telah diturunkan pangkat mungkin jadi kenyataan.

Gaji Anwar juga turut di potong 50%, ini sudah pasti memberi tamparan yang hebat apabila Menteri Besar bertindak balas atas tindakan Anwar yang mahukan isterinya menjadi MB Selangor.

Siapa sangka, Khalid Ibrahim yang pada mulanya kelihatan mudah dijinakkan, dipijak dan ditunjal-tunjal tiba-tiba sahaja melawan balik dan sekarang mereka yang cuba menindasnya pula yang sedang ditindas.

Daripada tiada apa-apa, kini Khalid kelihatan tidak ubah seperti gergasi yang sedang memijak barisan semut yang sedang melata sesuka hatinya. Rafizi Ramli senyap terus. Saifuddin Nasution yang memang terkenal dengan sifat penakutnya terus menyorok dan barangkali juga sudah siap mengemas beg seperti yang dilakukannya pada zaman Reformasi dahulu untuk melarikan diri ke negara seberang.

Manakala Anwar Ibrahim semakin berserunyai apabila PAS yang disangkakannya mudah ditumpaskan dengan ugutan dan kata dua, terutama dari dia dan DAP, tiba-tiba pula menjadi kuasa penentu yang cukup degil sehinggakan pertemuannya dengan Hadi Awang di Terengganu, hampir tidak jadi apabila Hadi Awang enggan bertemunya.

Malah buat pertama kali dalam sejarah hidupnya selaku orang politik, Anwar Ibrahim terpaksa bermalam di tempat orang (Kuala Terengganu) semata-mata untuk menunggu kehadiran orang yang sering dicerca dan dihinanya kerana beranggapan orang berserban dan berjanggut seperti kambing, mudah sahaja dicucuk hidung dengan kuasa dan wang ringgit.

Mana Rafizi yang kata dirinya hebat dalam memberi strategi untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Strategi nak jatuhkan geng sendiri pun tak lepas, lagi mau kecoh. Kasi buang jelah budak suruhan mung tu wahai Bang Non. Tak boleh pakai satu sen pun!!!


GR kata: Bila Anwar nak buat demo kat Dataran Merdeka yer??


Tuesday, August 12, 2014

ADAKAH HADI AWANG 'LEMAS DALAM DAKAPAN' ANWAR? @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @abdulhadiawang


Isu politik di Selangor semakin hari menjadi semakin panas. 'Game plan' Anwar nampaknya akan makan dirinya sendiri. Sanggup menjatuhkan orang kepercayaannya sendiri demi mendapatkan tempat dan kuasa politik dalam negeri Selangor.

Apa salah TS Khalid Ibrahim dibuang macam sampah? Bila diperlukan ditatangnya bagai minyak yang penuh. Adakah disebabkan TS Khalid Ibrahim sudah mula menjalankan tanggungjawabnya dengan tulus ikhlas membuatkan Anwar dan suku sakatnya tak berpuas hati dengan MB Selangor ini?

Adakah TS Khalid Ibrahim bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan BN dalam menangani masalah air di Selangor yang buat Anwar bengang tak tentu pasal? Adakah TS Khalid Ibrahim sudah mula ikut program-program yang dijalankan oleh Kerajaan BN yang buat Anwar lagi menyampah?

Langkah Kajang Anwar 'Road To Putrajaya'....korang fikirkanlah untuk siapa sebenarnya???

Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor masih kekal seperti mana yang beliau umumkan. Kalangan penyokong MB Selangor ini mungkin berasa lega. Malah Adun PAS yang menyokong kepimpinan Khalid juga khabarnya tetap dengan pendirian mereka.

Apa yang menarik perhatian apabila pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am Nik Aziz berkeras dengan pendirian mereka.

Sejauh mana mereka pendirian mereka ini tidak boleh diubah?

GR sedikit pun tidak percaya dengan PAS. Pelbagai isu yang lebih besar melibatkan dasar parti boleh diubah dalam sekelip mata. Semalam Anwar turun ke Terengganu dan berjumpa dengan Hj Hadi..benarkah berlaku perjumpaan?

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang Isnin.

Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

"Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.

"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

"Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Adakah Hadi Awang terpedaya dengan lakonan Anwar yang khabarnya 'MENJANJIKAN' jawatan Timb MB Selangor pada PAS? Kalau betul pun apa fungsinya?? Rakyat Selangor korang fikirkanlah sendiri yer nak pemimpin yang macam mana untuk negeri korang!!


GR kata: Hadi Awang dah buta pasal dia kena saman dengan PKR kot!!

Monday, August 4, 2014

#MH17: APA SEBENARNYA ZAHID BUAT DI UKRAINE? @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia @KBAB51 #prayforMH17


Lihatlah gambar-gambar di atas yang GR perolehi dari Facebook Zahid, dalam kesulitan memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan kebenaran memasuki kawasan pemberontak di Ukraine...masih terlakar senyuman di muka Pak Menteri nie.

Walaupun sekarang masih dalam mood berhari raya, namun beliau sanggup korban masa beliau bersama anak-anak serta isteri demi menjalankan tanggungjawab pada rakyat dan negara. Tapi masih ada yang mulut-mulut sumbang kenapa Zahid yang pergi selesaikan untuk melakukan siasatan terperinci insiden MH17. Jawapannya setiap negara ada undang-undang sendiri, kenapa negara luar semua hantar Polis dan tidak Tentera? Pada yang bijak pandai tu fikirkan sendiri lah yer.

Ada juga yang GR dengar, PM Najib bagi pilihan pada Zahid untuk ke Belanda atau pun ke Ukraine. Best betul siapa yang sebarkan cerita macam nie kan. Boleh nak Claim Millage la yer?? Senang betul kerja korang yer, amik kesempatan atas orang lain.

Untuk pengetahuan semua, PM Najib yang ARAHKAN Zahid ke Ukraine untuk selesaikan insiden ini. Ini adalah satu misi besar dan risikonya tinggi. Menteri kita nie pergi sorang-sorang bertemankan IGP ke Ukraine. Persoalannya kenapa takder menteri-menteri lain ikut? Jangan hanya pandai lantang suara dalam dewan ke dalam media sosial. Fikirlah sendiri yer....

Untuk pengetahuan semua, misi Zahid pergi atas arahan PM Najib bukan saja untuk menyampaikan surat ucapan terima kasih dari PM dan kerajaan Malaysia pada Ukraine. Tapi misi untuk membuat rundingan dengan puak pemberontak untuk mengambil serpihan MH17 yang hancur ditembak dan bahagian tersebut jatuh di bawah kawasan jagaan pemberontak. Di situ jugalah kita perli ambil bukti dan membuat siasatan.

Kawasan sedang bergolak dan berperang, Zahid berani ambil tanggungjawab demi rakyat dan negara. Ada ker menteri yang berani buat sorang-sorang macam tu?? Ini adalah tugas berat dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berikan sokongan penuh dan doa kita mengiringi keselamatan mereka semua pergi dan balik.

KUALA LUMPUR: Petugas Pasukan Siasatan Khas Malaysia dijangka memasuki lokasi nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine pagi Isnin untuk memulakan tugas siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam kenyataan pada Ahad berkata jika keadaan keselamatan memberangsangkan, pasukan itu akan masuk untuk membuat penggeledahan di kawasan nahas pesawat bersama-sama pasukan Belanda dan Australia.

"Sebuah 'Combined Task Force' (Gabungan Pasukan Petugas) di Karkiv telah memutuskan, pasukan Malaysia seramai 21 orang akan digerakkan ke FOB (Forward Operation Base) (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidar, kira-kira 4 jam perjalanan dari Karkiv, pada 2 petang hari ini," katanya dalam kenyataan.

Katanya, kawasan nahas pesawat adalah satu jam perjalanan dari FOB. Tambahnya Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan nahas itu.

Terdahulu, hari ini Ahmad Zahid dalam rakaman video yang dihantar kepada Bernama meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan negara dalam menjalankan siasatan di lokasi terhempasnya pesawat MH17.

Ini kerana kawasan pesawat terhempas itu dilaporkan masih tegang dengan insiden perang antara tentera Ukraine dan puak pemisah.

Beliau dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengetuai 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Ukraine pada Rabu lepas untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa, termasuk Belanda dan Australia, bagi melakukan siasatan lanjut nahas berkenaan.

Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk pada 17 Julai. - Bernama

 Doakan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas demi negara






GR kata: Semoga selamat pergi dan balik!!

Thursday, July 31, 2014

DISAAT KITA SIBUK BERHARI RAYA, PEMIMPIN KITA KORBAN MASA MEREKA DEMI NEGARA! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA #prayforMH17


Hari Raya Ketiga, apa yang biasa kita buat dan lakukan pada hari tersebut. Sudah tentu kita masih dalam mood kegembiraan bersama sanak saudara dan sahabat handai makan ketupat rendang dan pelbagai juadah Aidifitri yang sedap-sedap.

Pada hari tersebut juga, ada yang membuat rumah terbuka menyambut kegembiraan Syawal yang datang. Dalam kegembiraan tersebut, adakah kita berfikir dengan nasib yang menimpa saudara mara kita? Adakah kita turut serta berasa sedih meratapi nasib yang menimpa mereka sekeluarga?

Pada hari tersebut juga kita masih ziarah menziarahi sanak saudara kita tak kira di mana mereka berada. Amalan tersebut adalah yang baik dan dituntut dalam Islam untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Dalam kita sibuk bergembira di Aidilfitri ini, pujian dan doa yang kita berikan pada pemimpin negara kita. Ini kerana mereka sanggup korbankan masa Aidilfitri mereka bersama keluarga dan rakyat. Mereka sanggup pergi bertugas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang ini iaitu pengurusan mangsa serta menyiasat tragedi MH17.

SEPANG, 30 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar malam Rabu berlepas ke Kiev, Ukraine, dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ahmad Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut.

"Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Surat berkenaan sebagai tanda terima kasih Malaysia atas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Ukraine kepada anggota pasukan siasatan khas MH17 yang berada di negara berkenaan baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini.

Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia itu terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan, katanya.

Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.

Beliau berkata pasukan PDRM akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menuju ke lokasi MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa. Menurutnya, semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi nahas.

Khalid berkata berdasarkan laporan media yang terkini melaporkan bahawa tentera Ukraine sedang bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lokasi kejadian nahas MH17.

Justeru, katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak berkuasa bagi membincangkan soal keselamatan anggota polis sebelum mereka memasuki lokasi.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas. -- BERNAMA

Rakyat Malaysia menyokong 100% usaha PM Najib dan beberapa menteri kabinet dalam menyelesaikan tragedi MH17 secepat mungkin sekali gus mayat-mayat rakyat Malaysia dapat dibawa balik dengan sempurna.

GR yakin doa rakyat Malaysia mengiringi PM Najib dan DS Zahid Hamidi dalam menjalankan amanah tugas yang dipertanggungjawabkan pada mereka. Kita doakan mereka selamat pergi dan balik dan usaha murni ini dipermudahkan perjalanannya.


GR kata: Nak tutup mulut manusia lagi susah dari nak tutup mulut binatang. Tak gitu??

Sunday, July 27, 2014

GR UCAPKAN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN #Aidilfitri #RamadanAlMubarak


Pertama sekali GR ingin mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Gossip Rakyat tak kira di mana korang berada. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata harap dimaafkan sepanjang penulisan di blog ini.

Kepada pemimpin-pemimpin tak kira dipihak Kerajaan mahu pun pembangkang GR juga ingin mohon ampun dan maaf jika selama penulisan ini ada yang tersinggung dengan artikel yang dikeluarkan.

Kepada rakan-rakan blogger GR ingin mohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan kita ada yang bersalah pendapat, terlanggar bahu dan macam-macam lagilah. Mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Kepada semua berhati-hatilah memandu. Mengantuk berhentilah jangan sibuk nak cepat sampai tapi fikirkan orang tersayang yang menunggu kita di kampung. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah S.W.T

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 0-0 yer kawan-kawan semua ;)



Artikel pelbagai