Hari Raya Ketiga, apa yang biasa kita buat dan lakukan pada hari tersebut. Sudah tentu kita masih dalam mood kegembiraan bersama sanak saudara dan sahabat handai makan ketupat rendang dan pelbagai juadah Aidifitri yang sedap-sedap.
Pada hari tersebut juga, ada yang membuat rumah terbuka menyambut kegembiraan Syawal yang datang. Dalam kegembiraan tersebut, adakah kita berfikir dengan nasib yang menimpa saudara mara kita? Adakah kita turut serta berasa sedih meratapi nasib yang menimpa mereka sekeluarga?
Pada hari tersebut juga kita masih ziarah menziarahi sanak saudara kita tak kira di mana mereka berada. Amalan tersebut adalah yang baik dan dituntut dalam Islam untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
Dalam kita sibuk bergembira di Aidilfitri ini, pujian dan doa yang kita berikan pada pemimpin negara kita. Ini kerana mereka sanggup korbankan masa Aidilfitri mereka bersama keluarga dan rakyat. Mereka sanggup pergi bertugas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang ini iaitu pengurusan mangsa serta menyiasat tragedi MH17.
SEPANG, 30 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar malam Rabu berlepas ke Kiev, Ukraine, dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Ahmad Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut.
"Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Surat berkenaan sebagai tanda terima kasih Malaysia atas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Ukraine kepada anggota pasukan siasatan khas MH17 yang berada di negara berkenaan baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini.
Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia itu terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan, katanya.
Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.
Beliau berkata pasukan PDRM akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menuju ke lokasi MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa. Menurutnya, semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi nahas.
Khalid berkata berdasarkan laporan media yang terkini melaporkan bahawa tentera Ukraine sedang bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lokasi kejadian nahas MH17.
Justeru, katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak berkuasa bagi membincangkan soal keselamatan anggota polis sebelum mereka memasuki lokasi.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas. -- BERNAMA
Rakyat Malaysia menyokong 100% usaha PM Najib dan beberapa menteri kabinet dalam menyelesaikan tragedi MH17 secepat mungkin sekali gus mayat-mayat rakyat Malaysia dapat dibawa balik dengan sempurna.
GR yakin doa rakyat Malaysia mengiringi PM Najib dan DS Zahid Hamidi dalam menjalankan amanah tugas yang dipertanggungjawabkan pada mereka. Kita doakan mereka selamat pergi dan balik dan usaha murni ini dipermudahkan perjalanannya.
GR kata: Nak tutup mulut manusia lagi susah dari nak tutup mulut binatang. Tak gitu??
1 comment:
Baru rakyat tau bukan mudah nak jadi pemimpin.
Post a Comment