Monday, May 14, 2012
EXTREAM BIKE DAN GADGET WORLD GEGARKAN @HariBelia2012 #HBN2012
Kepada peminat-peminat Extreme Game Bike, jangan lepaskan peluang tunjukkan bakat korang di Pertandingan Basikal Lasak Ekstream di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada 23-27 Mei 2012 ini. Pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan menanti korang...Datanglah beramai-ramai!!!
Kepada peminat-peminat gadget tu, inilah masa korang datang tengok gadget-gadget yang terbaru dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Diskaun yang hebat menanti korang. Di gadget world korang boleh dapat peralatan elektronik, PC, gadget, karnival foto cun (Photo World), barangan gadget secara lelong bermula dari RM1, pertandingan Fastest Texting Competition dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada 23-27 Mei 2012.
Maklumat lanjut boleh ke Facebook HBN 2012 atau layari website HBN :
GR kata: Datang jangan tak datang!!!
PANAS: LAGI PUSAT JUDI DI SELANGOR! MB @Khalid_Ibrahim JOIN SEKALI..?? #MBmalas
Memandangkan berjudi dengan hanya satu klik masih tidak mencukupi, laman web perjudian kini menawarkan nilai taruhan serendah RM8 kepada rakyat Malaysia. Ketika pertaruhan sukan secara dalam talian menjadi kebiasaan di kalangan pelanggan dengan bola sepak dijadikan taruhan utama, laman web perjudian haram telah memperluaskan aktiviti tersebut termasuk bidang politik dan hiburan.
Pautan di jaringan media sosial membawa kepada laman web di mana pengguna hanya perlu mendaftar dengan wang pendahuluan serendah RM50 menerusi pemindahan secara talian, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit atau mesin deposit tunai (CDM). Hasil serbuan ke atas rumah pertaruhan di Lembah Klang baru-baru ini, sindiket itu kini cuba menarik pelanggan secara dalam talian menerusi laman media sosial popular seperti Facebook dan Twitter.
Malah beberapa remaja berpusu-pusu ke pusat Interent sebagai sebahagian daripada peningkatan trend laman web tersebut yang membenarkan sesiapa saja berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Sehingga 90% pertaruhan melibatkan bola sepak terutamanya saingan Liga Perdana Inggeris. Namun pertaruhan turut terbuka kepada acara hiburan terkemuka.
Sebagai contoh, dalam pertandingan American Idol, peserta Philip Philips (1.83) adalah bookie pilihan untuk menewaskan Jessica Sanchez (2.85) dan Joshua Ledet (4.50) untuk memenangi final tahun ini. Bidaan RM100 untuk Ledet - peserta underdog- akan membawa pulangan sebanyak RM350 jika penyanyi itu meraih gelaran juara. Taruhan yang ditawarkan laman web ini adalah secara bermusim dan mengikut trend popular.
Salah satu taruhan lain terhangat adalah pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di antara calon pilihan Barack Obama (1.35) untuk mengekalkan tempat di White House dengan pencabar terdekatnya, Mitt Romney. Dengan khabar angin yang mengatakan bahawa pilihan raya umum di Malaysia semakin hampir, beberapa pelanggan menjangka laman web tersebut turut menawarkan pertaruhan terhadap perkara itu.
Sama ada ahli-ahlinya boleh berdepan masalah dalam perjudian secara online, salah satu daripada laman web tersebut menyatakan bahawa sesetengah bidang kuasa undang-undang tidak memaklumkan kelulusannya. Laman web itu mengelakkan daripada sebarang implikasi undang-undang dengan menyatakan bahawa ahli-ahlinya harus bertanggungjawab dalam menentukan sama ada pertaruhan secara talian adalah sah di negara ini.
Beberapa laman web bagaimanapun, mengumpan pelanggan dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana mereka beroperasi dari luar negara. Malah sebuah laman web turut mendakwa bahawa pelanggan tidak perlu bimbang apabila berjudi secara dalam talian kerana penguatkuasaan yang lemah gagal mengesan sindiket antarabangsa. - mStar
GR kata: Inilah kejayaan negeri Selangor yang dibanggakan oleh Pakatan Haprak..!!
PANAS: TANAM ANAK HIDUP-HIDUP!! MALAYSIA KER..??
Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup. Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.
Seorang pekerja di kawasan perkuburan di Pilkhuwa, 100 kilometer dari Delhi, membuat laporan polis apabila ternampak kedua-dua lelaki itu cuba menanam bayi itu, Radhika.
Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu. Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.
Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut. Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”
Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.” Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan. “Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.
Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat. Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin. Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. - HM
GR kata: Syukur alhamdulillah hidup di Malaysia yang aman dan cukup makan pakai semuanya...
BONGKAR: @AzminAli KENA TERAJANG DENGAN 'ORANG SENDIRI'..??
Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendakwa isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah angkara 'orang dalam' parti itu sendiri yang mahu menjatuhkan Timbalan Presiden PKR itu.
Fauzi mendakwa, beliau mempunyai bukti bahawa rakaman video seks berkenaan merupakan antara komplot terancang oleh kelompok tertentu dalam PKR yang tidak senang dengan kedudukan Azmin dalam parti.
"Ini 'sepak terajang' dalam PKR sendiri. Saya boleh tunjuk bukti macam mana usaha terancang mereka untuk jatuhkan Azmin. Banyak surat layang dihantar kepada saya dan ia bermula sejak pemilihan parti pada 2001," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Fauzi berkata, Azmin dilihat berseorangan dalam menghadapi isu video seks serta berkaitan keluarganya apabila tiada seorang pun pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan beliau sehingga hari ini.
"Sebagai seorang rakan rapat beliau, terus-terang saya amat simpati dengan Azmin terutama yang mutakhir dalam isu keluarga dan isu penyebaran video seks.
"Dalam isu ini, nampak sikap pilih kasih. Sebelum ini kita lihat dalam isu seks melibatkan Anwar dan Elizabeth Wong, ramai pimpinan PKR mempertahankan kedua-duanya, tetapi dalam isu Azmin, beliau berseorangan menghadapinya," katanya.
Menurutnya, masalah dalam PKR berpunca daripada tindakan kumpulan ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menyingkirkan kumpulan bekas ahli UMNO untuk menguasai parti itu. - UM
GR kata: Dalaman PKR pun tak satu hati macam mana nak memimpin rakyat dan negara..??
PANAS: AWEKS CUN TUNJUK PUSAT, SALAH UMNO?? #UMNO66 #PRtipu
Lihatlah gambar di atas, 2 gambar yang berbeza. Oleh kerana pemimpin Pakatan Haprak panas bontot mereka telah mengarahkan pencacai mereka membuat sesuatu untuk memberi persepsi yang buruk pada masyarakat pada sambutan Ulangtahun UMNO ke 66 pada hari Jumaat lepas. Ini gambar aweks-aweks di UMNO 66 tahun ker?? Lihat di bawah :
Oleh disebabkan gambar inilah, puak-puak Pakatan Haprak mula meroyan dan pening kepala dengan semangat perjuangan yang tinggi ditunjukkan oleh lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO yang hadir menyambut Hari Ulangtahun UMNO ke 66. Jika kita lihat gambar aweks-aweks di atas, sudah terang-terang gambar tersebut sudah dimainkan di media maya, betul tak?? Itukan gambar aweks-aweks penyokong bola sepak Kelantan yang datang ke stadium menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.
Inilah hasil KEBODOHAN puak-puak Pakatan Haprak, mereka rasa gambar yang mereka superimpose ini rakyat boleh percaya sewenang-wenangnya. Ternyata mereka GAGAL dan hanya mempunyai agenda tersendiri dan peribadi demi meraih undi simpati rakyat. Fikir-fikirkan....
GR kata: Ulangtahun UMNO 66 ada LIVE kat tv..kat tv boleh superimpose ker??He he
Subscribe to:
Comments (Atom)





