Tuesday, June 4, 2013

INSIDEN BOT KARAM: Syarikat Swasta Tampil SPONSOR Kos Apungkan Bot Karam - @Zahid_Hamidi


Alhamdulillah ada pihak luar yang prihatin tampil untuk memberikan bantuan mempercepatkan lagi proses menyelamat mangsa bot karam di Belaga, Sarawak.

Inilah sikap yang perlu diambil contoh oleh semua pihak, jangan hanya letak dibahu Kerajaan bila sesuatu bencana menimpa rakyat khususnya. Di mana pemimpin pakatan haprak? Masih sibuk dengan roadtour sana sini menipu rakyat dari memberikan bantuan pada rakyat. Bukalah mata wahai rakyat Malaysia, jangan terpedaya lagi dengan tipu helah Anwar Ibrahim. Ini masa untuk kita membangunkan negara, PRU13 telah pun tamat...rakyat pun buat keputusan dan mandat pada pemimpin mereka sukai dan sayangi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah syarikat swasta bersetuju untuk membiayai perbelanjaan mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Selasa lepas.

Katanya, jengkaut dan kren telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengapungkan bot itu.

"Ia melibatkan pihak swasta dan mereka telah menyatakan persetujuan untuk membiayai kesemua operasi tambahan berkenaan, di samping operasi-operasi yang dijalankan sekarang.

"Saya yakin apabila air dari empangan Bakun dilepaskan maka paras air akan berada di tahap yang agak tinggi dan ia memudahkan operasi," katanya.

Selasa lepas, sebuah bot ekspres yang membawa lebih 200 penumpang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang.

Polis setakat ini mengesahkan tiga penumpang masih hilang, satu mayat ditemui dan 204 yang lain selamat.

Terdahulu, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Ketua Operasi Persatuan Bulan Sabit Merah Asia Barat, Asia Timur dan Pasifik, Alain Aeschlimann di kementeriannya.

Hasil pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan memberi keizinan kepada Aeschlimann untuk mengadakan lawatan ke seluruh penjara di negara ini bagi melihat aspek kemanusiaan dan kemudahan pemulihan disediakan kepada banduan.

"Kami akan terus memberikan keizinan kepada pihak beliau bagi mengadakan lawatan, pertamanya untuk melihat aspek-aspek kemanusiaan dari segi kemudahan latihan dan pemulihan ke atas orang-orang yang ditahan atau banduan.

"Di samping itu beliau juga akan melihat kemudahan-kemudahan yang didapati di kem-kem tahanan imigresen, yang mana ia melibatkan warga negara asing," katanya.

Aeschlimann berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan dan saranan selepas lawatan itu sekiranya perlu. - BERNAMA


GR kata:  Alhamdulillah...hanya Allah SWT yang membalasnya.

1 comment:

Anonymous said...

yg patut bantu adalah taikun balak dari puak foochow di sibu. mana pemilik bot express. tolong heret dia juga kemahkamah! ini bumiputera yg merana! kalau puak sepet ni yg mampus pasti puak dap in dah protes besaran di sibu kapit atau kl.!ni bumiputera yg ditimpa musibah mana puak yg konon wira rakyat. bisu!

Artikel pelbagai