Thursday, June 6, 2013

Faktor Anwar Dan Pakatan Kalah #PRU13 Akhirnya Terjawab...!!


AIDCNews – Faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang mereka impikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan Bernama berkata orang Melayu takut negara ini dipimpin oleh Anwar dan sekutu rapatnya DAP, menyebabkan mereka memberi undi kepada UMNO.

“Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO atau perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutama kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

“Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), di Yogyakarta, Indonesia, 3 Jun.

Pada PRU13, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO muncul sebagai parti terkuat, 88 kerusi apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan 89 kerusi yang dimenangi oleh pakatan pembangkang.

“Selain itu kita juga mengambil kira kemenangan Barisan Nasional (BN) di Perak dan Kedah memandangkan kita kalah di dua negeri ini pada PRU-12 lalu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 31 Mei.

Menurut Senator Ezam Mohd Nor peningkatan jumlah kerusi UMNO pada PRU 13 membuktikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ditolak oleh Melayu-Islam di negara ini.

“Keputusan PRU 13 ini jelas, pertamanya, Anwar gagal memaksimakan undi Melayu dan sokongan pengundi Melayu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib jelas, malah lebih besar.

“Keduanya, perkauman yang wujud hari ini..bermula dari taktik jahat Anwar Ibrahim untuk memaksimakan undi Cina..Ini berlaku secara terancang. Ini pengkhianatan. Dia (Anwar) yang sebenarnya memainkan politik perkauman,” katanya kepada TV3, 9 Mei.



Baca selanjutnya klik "Faktor Anwar Ibrahim Kalah PRU13"

3 comments:

Anonymous said...

Pii mabuk lah anuar sapa na amek kau jadi tenaga pengajar di universti setakat kelulusan bidang sastera aku rasa sekolah tadika pon ta nak amek kau mengajar. Meluat aku dengau temberang anwar ni.
Aku rasa anuar ni layak menjadi pensyarah bahgian demonstrasi jalanan yang mana keja ni boleh di wujudkan di universti universti di eropah kerana mereka ni lah memerlukan orang seperti anuar untuk menghuru harakan dunia ini khas nya negara negara islam.
Aku tergelak besar anuar na bekerja dengan badan badan amal kebajikan , aku pasti antara antara badan badan amal kebajikan yang na dia join ia lah persatuan pondan [ senang dia cari jambu dan pembancuh kopi kot ] persatuan persatuan anak anak jalanan [ dia pakar dalam demonstrasi jalanan ]Persatuan persatuan LGBT
Hai manusia sekor ni ta berubah ubah perangai temberang nya

Anonymous said...

dah tahu tu puncanya UMNO menang..lagi nak sibuk menangkan hati orang2 Cina..

Ada akai ke?

Anonymous said...

lawan ckp atau post statement pun tak guna jugak . elok rasanya kita secara senyap2 sebarkan kepada teman2 sekeliling betapa WAJIB nya jauhkan diri drp manusia terkutuk lahantullah ini dan teman DAP nya !!!
satu je... ANWAR MENANG, DAP hampir pasti menjadikan melayu hamba bangsat nya !!!

Artikel pelbagai