Friday, May 10, 2013

HOT: DEMO KELANA JAYA - UCAPAN PEMIMPIN PAKATAN @mkini_bm TAK KELUARKAN! SIAPA BIKIN PANAS DULU? RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU!!


Semalam GR turut berada di Stadium Kelana Jaya dan inilah hasilnya. Antara ucapan-ucapan fitnah dan tiupan api kebencian yang dapat GR catitkan semalam.

Kalau kata tipu, pencacai pakatan yang pergi semalam, GR cabar mari kita tengok full video rakaman ucapan semalam. Polis harus ambil tindakan pada mereka yang jadi dalang nak huru harakan negara.

1. Pengundi tentera diugut dan diancam oleh BN. (Mana bukti anggota tentera diugut?)

2. Membujur lalu melintang patah, nak tumbangkan kerajaan haram.

3. Nurul Izzah - lagi 5 hari kita menyaksikan ulangtahun ke 44 13 Mei 1969 (nape bangkitkan isu ini?)

- We are against a goverment..

4. Tian Chua- rakyat Malaysia yang akan menjadi hakim. Najib menipu, menggunakan SPR. Rakyat tidak akan memaafkan sesiapa yang menggunakan cara ini. Mereka perlu diberi hukuman rakyat. Bangkit2, Bangkit Rakyat. (Rakyat dah jadi hakim masa mengundi 5 Mei, jawapan dah ada. Kenapa nak putar belit fakta?)

5. Sivarasa - malam ini kita istiharkan Anwar the people's prime minister. Najib cuma ada 47% sokongan sahaja. Pilihanraya tipu! Malam ini kita berikrar, kebangkitan rakyat. Najib tidak sah. Are we ready?

6. Saifuddin Nasution - tolak2 tolak BN! SPR tipu! Cuba tengok jari semua.. Ada dakwat tak? Ini baru hari keempat.. Tumbang BN!

7. Nik nazmi - perhimpunan sebegini jangan dihentikan sehingga BN tumbang.

8. Foziah Saleh - kita rakyat sudah pilih PR utk ambil alih msia. Tapi BN curi keputusan PRU, guna segala media utk tipu pilihanraya. (Siapa yang undi pakatan menang di Penang, Kelantan serta parlimen serta DUN di Malaysia? Si Torron ni pusing-pusing cerita nak bodohkan rakyat)

9. Dr Lim Boh Choi - Ubah! Ubah! Kita mau bagi tau Najib, ini bkn tsunami cina, tp tsunami rakyat.. Ketua SPR orang UMNO! Penipu! Hari ni harus ubah parlimen.. Ubah! Ubah!

10. PAS Kedah Nasir - ada org cina tmpt saya, dipotong nama.. Walaupun jari blom ada dakwat.. Spr tipu! SPR tipu!! (nama tak sebut)
- Kita ada ramai anak muda!! Membujur lalu melintang patah!! Hidup rakyat!!

11. Dr Maria Kota Raja - Kita sebenarnya sudah menang di semenanjung!! UMNO BN dah kalah sebenarnya!! Hidup2 rakyat.. Undur2 undur Najib. (Bukti apa yang menang di Semenanjung? Kenapa tak cakap kedudukan di Sabah dan Sarawak?)

- Ketibaan Anwar 10.10pm.. Satu stadium berdiri..
- Tolak kerajaan smpi menang!! Satu stadium penuh dgn rakyat!!

12. Lim Kit Siang - (semua org bersorak dan menjerit seperti hilang akal, LKS belum berucap, baru tiba).
- Hidup2, hidup rakyat!! Bangkit tumbang BN!! Semua org melayu, cina india.. Tv dan media hari2 maki pakatan betul?? SPR Tipu!! Kita kena sokong Anwar Ibrahim!!
- Kami anak Malaysia!!

13. Mat Sabu - saudara saudari sekalian, SPR kata untuk adil celup jari.. SPR bohong!!! Undi awal undi pos mana ada celup jari?? Mari kita gelakkan SPR.. Hahaha!! (satu stadium hahaha gelak) rakyat Malaysia undi PR 60%!! Pembohongan akan berterusan, kita akan bangun menuntut keadilan!! Mereka main isu perkauman!! Kita sokong Nik Aziz!! (satu stadium gamat).. Kita sokong Lim Guan Eng (dua kali ganda gamat org Melayu bersorak, sedih2)

- Bukan soal perkauman, yang kita lawan rasuah dan penyelewengan!! Jahanam2, jahanam perasuah!! Bn tipu!! Media tipu!! Hidup2 hidup rakyat!! Kita mau pengawal PBB mengawasi pilihanraya Msia, setuju atau tidak?? Kawasan sy, org siam keluar undi BN.. BN tipu!!

14. Lim Kit Siang - UMNO cakap Chinese tsunami, tapi tengok stadium, wajah cina ke? Ramai org melayu!! Kita semua rakyat malaysia.. Najib adalah SYAITAN yang perlu ditolak, betol??!! ( satu stadium bersorak.. Bersih, bersih bersih)

- Kita tinggalkan politik perkauman, politik rasuah!! (malas nak salin LKS berucap pasal rasa bengang!)

15. A Samad Said baca sajak (malas nak salin) tajuk "ibu segala tipu".

16. Anwar Ibrahim..(10.30pm) - malam ini rakyat beri jawapan.. "cina mau apa?".. Saya jawab, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan mau UMNO BN tumbang! Mau pilihanraya adil.. Jangan rampas hak rakyat Malaysia!! Jgn angkuh dan sombong!! Jgn la lagakan rakyat suku kaum suku kaum!! Mesej yg jelas, tolak perkauman, tolak rasuah!! Enough of UMNO BN!! Sy lahirkan rasa terhutang budi pada rakyat yg bangkit!

- Kita tak mau rasuah, kroni anak, saudara dan keluarga! (Anwar cakap kena batang hidung sendiri tapi rakyat yang dengar semua pekak kot, buta tuli dan bahlol)

Kamu tipu harga minyak, kamu tipu harga gula, dan akhirnya kamu tipu dakwat PRU! Malaysia sokong PR 52%. Suara rakyat perak sokong PR 55%!! Najib cuma 48% plus bangladesh, philippines dan indonesian..!

- Kamu BN guna tipu helah dan rakyat menolak. Adakah rakyat akan terima saja?? Tidakk!!
This is not a chinese tsunami, but a Malaysian tsunami!

- Apa mereka buat?? Sehari lepas mereka menang, terus main isu perkauman!! 3 hari menang, terus naik harga barang!

- Majlis diakhiri dgn nyanyian Negaraku!!


Rumusan:

Apa yang dikatakan oleh pemimpin pakatan haprak pada malam tersebut nyata sengaja menaikan mood kemarahan rakyat yang pada GR segelintir saja (yang hadir di stadium). Jika seluruh rakyat Malaysia tak sokong PM Najib, kenapa keputusan PRU13 rakyat masih memberikan mandat pada PM Najib untuk mentadbir negara?

Anwar kata tolak rasuah, kroni anak beranak serta saudara mara. Dalam pakatan haprak yang memegang jawatan semua siapa? Hantu ker atau anak luar nikah diaorang yang bukan darah daging diaorang?

Ucapan Kit Siang lebih kurang sama sengaja cetuskan isu perkauman seperti yang beliau lakukan punca terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Rakyat yang menerima hanyalah mereka yang hidup selepas zaman tersebut yang telah DIPERBODOHKAN oleh pakatan haprak dengan fakta sejarah yang sebenar. Anak muda kalau nak tau, tanya sendiri mak bapak korang yang terang-terang hidup pada zaman tu. Kalau kata mak bapak korang menipu itu dah kes naya!! Dia kata anak Malaysia - anak Malaysia tak akan buat kerja bodoh nak rosakkan negara sendiri. Faham tak Kit Siang??

Nurul Izzah nak sambut peristiwa 13 Mei atas sebab apa? Ini semua nak mereka semua takut dengan DAP dan cuba menutup siapa dalang sebenar insiden 13 Mei. Nurul Izzah sendiri tak lahir lagi pada masa tu, lagi nak buat kerja BODOH.

Anwar kata kalau PR kalah PRU13 ni nak leatak jawatan dan kata dah dapat tawaran jadi pensyarah di Perancis. Kotakan cakap tu dulu kalau berani. Rakyat Malaysia kena kencing lagi, itu pun masih tak nampak. Kesian...semua jadi BODOH sebab Anwar Ibrahim!!


GR kata: Bagi bukti mana 40 ribu Bangla masuk Malaysia untuk undi? Mana tempat yang black out? Orang tak boleh terima kekalahan dan menolak ketentuan yang Allah SWT telah tetapkan, apa hukumnya...korang fikirkanlah sendiri!!

3 comments:

Anonymous said...

Macam ni punya hasutan, PDRM tak ambil tindakkan? PDRM TOLONG JAWAB!!!!

Anonymous said...

tolong buat report dulu bro, baru polis boleh ambil tindakan

Anonymous said...

Biadap samseng jalanan. Dah kalah tak nak mengaku. Membuat rakyat rakyat bertambah benci dgn Nuar dan org2 cina.

Artikel pelbagai