Wednesday, May 8, 2013

HOT: AZHAR TAK TAKUT KENA BALUN!

Nama Azhar Sulaiman secara tiba-tiba memuncak kembali dan menjadi bahan 'cakap-cakap' kawan dan lawan. Selain gaya manja 'gwominya', Azhar turut dikecam, dikritik, dikutuk dan ada juga dipuji, gara-gara terlalu berani dan lantang bersuara mengkritik pihak Pakatan Rakyat (PR).

Kecoh memang kecoh, sehinggakan pelakon yang sudah lama menyepi tanpa sebarang kontroversi itu terpaksa membuat laporan polis.

Apa yang merisaukan, mesej berbaur kecaman itu bukan sahaja melibatkan dirinya, tetapi juga keluarganya. Ikuti temubual Azhar dengan wartawan Hits.

Hits: Ada yang kata, Azhar boleh kritik macam-macam, tetapi bila dikritik, sampai kena buat laporan polis. Boleh jelaskan?

Ia sudah melibatkan keluarga dan arwah ibu bapa saya. Saya menulis dan kritik, saya mengaku. Tetapi tidak dengan nada ugutan, saya cuma kritik ikut saluran yang betul. Bila kena ugut, saya fikir jauh. Laporan polis sebagai langkah perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi, jadi langkah awal perlu dibuat.

Sejak bila mereka mula menghentam Azhar?

Cybertrooper ini mula menghantar mesej berbaur ancaman dan ugutan ini sejak saya ulas isu-isu yang agak panas dan pedas melibatkan perihal salah laku pemimpin PR. Mereka kata saya ini terlampau banyak baca surat khabar Utusan (Utusan Malaysia) dan blog-blog yang menyokong parti BN. Hakikatnya, kalau hendak diikutkan, saya lebih banyak membaca bahan bacaan daripada pihak pembangkang. Dari situ saya lakukan analisis terhadap posting-posting yang dilakukan oleh pihak sebelah sana.Mereka memang banyak buat perkara yang lebih ke arah menghentam dan tuduhan tidak berasas. Tetapi bila pihak mereka yang buat salah, tidak pula dihentam. Minda mereka sudah diasuh berfikir ke arah itu dan kasar. Kenapa perlu cakap kasar-kasar dan guna kata-kata kesat?

Apa tindakan susulan selepas laporan polis yang dibuat?

Saya tidak berniat untuk ambil apa-apa tindakan susulan. Ia perkara biasa. Bagi saya, mereka ini budak-budak, bekerja secara berkumpulan, duduk di dalam satu bilik. Dan kerja mereka hanya menghentam apa-apa sahaja tindakan yang dilakukan pihak Barisan Nasional.

Terbaru, akaun Facebook anda juga di godam, kenapa agaknya?

Itulah, saya pun pelik sebab mereka ini bercakap tentang hak kebebasan bersuara, tetapi menghalang saya untuk suarakan pendapat. Mereka gunakan teknologi, godam akaun saya. Nampak sangat mereka tidak suka berhujah dan berfikir. Bila saya utarakan soalan, tidak pula mereka memberi jawapan. Kerana mereka lebih suka menghentam dan tewas kepada soalan-soalan yang buat mereka berfikir tentang kebenaran.

Azhar adalah penyokong tegar Barisan Nasional dan sangat berani mempertahankan pendapat anda, sesuatu yang jarang dilakukan, kecuali artis pembangkang. Apa yang membuatkan anda seberani itu?

Saya menyokong BN bukan kerana saya mengenali sesiapa dalamnya. Sebaliknya saya menyokong BN setelah melihat apa yang berlaku di persekitaran kita. Sebenarnya, kita tidak boleh menagih kasih saya pada BN. Sebaliknya kasih sayang itu sepatutnya datang daripada apa yang telah mereka berikan. Jika kita menagih kasih sayang, itu yang membuat kita sentiasa meminta.

Puak-puak itu kelihatan sangat 'gerun' dengan Azhar... betul tak?

Saya rasa ya, betul. Lagipun sekarang ini zaman teknologi, bila mencapai zaman ini, ramai yang menggunakan teknologi untuk membentuk persepsi. Teknologi jadi alat untuk mengawal permainan politik. Saya pasti ada antara mereka dibayar untuk melakukan sesuatu seperti menghentam pihak lain di laman sosial.

Sebagai penggiat seni, bagaimana Azhar melihat video seks yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin akhir-akhir ini?

Mereka taksub sehingga percaya pemimpin mereka tidak buat salah dan silap. Penyokong mereka nampak begitu arif memberitahu ia adalah sebuah video yang telah diedit. Saya ni lama dalam industri seni, saya tengok dan yakin ia bukanlah video yang diedit. Ada pengarah filem yang sokong pakatan pembangkang, arif dalam videografi pun berkata yang ia adalah sebuah video yang tulen dan bukannya diedit.Apa lagi?

Isu Azhar kata sanggup 'dipanah petir', apa sebenarnya yang mendorong kata-kata itu dilepaskan?

Saya sebenarnya cukup pantang bila mereka sentuh pasal UMNO dan Barisan Nasional. Saya tahu parti ini telah buat banyak kerja untuk Malaysia. Jadi, menuduh yang bukan-bukan dan mencaci itu yang paling saya pantang sekali.

Soalnya, kenapa sehingga mengeluarkan ayat sanggup dipanah petir?"

Saya kata saya sanggup dipanah petir dan sanggup mati demi mempertahankan kebenaran. Kenapa saya kata begitu ya? Kerana saya tidak punya harta untuk digadaikan. Saya bukan orang yang kaya raya, saya tidak punya duit yang banyak. Apa yang saya boleh gadaikan ialah nyawa saya. Sebab itu saya sanggup berkata demikian. Saya harap orang akan faham apa maksud sebenar saya ini.

GR kata: Steady Bro...berani kerana benar, takut kerana salah!

1 comment:

Anonymous said...

GOGO ZAHAR AM BEHIND YU ,,,,OPS JGN SALAH TAFSIR BUKAN NUAR TAPI AKU
JIKA 'SIBENKOK' BLAKANG U ,,,U JLN PUN NGIRING

Artikel pelbagai