Thursday, May 16, 2013

BUKAN BAGI AMARAN, TINDAKAN HARUS DIBUAT - @Zahid_Hamidi

Tahniah GR ucapakan pada PM DS Najib Razak atas keputusan yang sangat bijak dengan meletakkan DS Zahid Hamidi menjadi Menteri Dalam Negeri yang baru. Kita semua sedia maklum menukarkan DS Zahid ke Kementerian Dalam Negeri adalah sangat tepat dengan perwatakannya yang sangat tegas menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Prestasi Zahid dalam menyelesaikan insiden Lahad Datu dan juga transformasi di dalam ATM telah meletakkan beliau diantara menteri paling tinggi pencapaian KPI. KDN bakal berubah wajah dengan pelbagai transformasi yang akan dilakukan oleh DS Zahid Hamidi.

Rakyat memberikan sokongan penuh pada DS Zahid Hamidi dan percaya beliau dapat menjaga keselamatan rakyat dan negara dengan baik sekali. Pada mereka yang cuba untuk menghancurkan negara, lupakan hasrat korang sebab kali ini pakatan haprak tidak akan berdepan dengan hanya amaran tapi tindakan harus dibuat pada korang.

KDN bakal berubah wajah, bertahun lamanya kerajaan dilihat begitu lemah apabila terlalu berlembut dalam melaksanakan undang-undang apabila lebih banyak amaran daripada tindakan keras.. Pakatan haprak dah naik lemak, sebab bertahun-tahun diaorang asyik terima amaran saja. Kali ini mereka tidak akan terlepas.


KUALA LUMPUR 15 Mei - Menteri Dalam Negeri yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikrar meletakkan keselamatan rakyat dan keharmonian negara sebagai keutamaan selepas diberi tanggungjawab mengetuai kementerian tersebut dalam suhu politik sekarang.

Katanya, tanggungjawab itu akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang sedia ada dan bukan semberono walaupun pelbagai pihak khususnya majoriti rakyat mahu Kementerian Dalam Negeri lebih 'bertaring' dan 'berkuku'.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada beliau mengetuai kementerian tersebut, Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu meletakkan keselamatan negara sebagai keutamaan.

Dalam masa sama, beliau yakin gandingan bersama Timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Ketua Polis Negara baharu, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mampu menggalas harapan rakyat.

"Saya sedar harapan tinggi rakyat tetapi saya akan bertindak mengikut undang-undang.

"Bagi saya harga untuk kita melakukan pencegahan adalah lebih murah berbanding harga yang perlu dibayar untuk penyelesaian apabila berkait dalam soal keselamatan negara," kata bekas Menteri Pertahanan itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

GR kata: Menteri KDN yang baru akan 'BERSIHKAN' kekotoran pengkhianat yang mahu hancurkan negara!!

2 comments:

Anonymous said...

Harap 3 org yg jd pengkianat negara dlm kes lahad datu aritu di tangkap..kami nk tau sape baruah tu..

Anonymous said...

timbalan pun bekas polis! perfect team!

Artikel pelbagai