Monday, May 13, 2013

PENA TELAH DIANGKAT, DAKWAT TELAH KERING...SEGALANYA TELAH TERSURAT!!


Hanya pada 6 Mei 2013 lepas baru kita semua tahu Allah SWT telah pilih dan takdirkan DS Najib jadi PM untuk tempoh 5 tahun lagi, Anwar jadi ketua pembangkang, Nik Aziz tak jadi MB Kelantan. Hj Hadi tak jadi MB Terengganu, Nizar maintain pembangkang di Perak.

Ustaz Azizan tak jadi MB Kedah, Husam Musa tak jadi MP Putrajaya dan hilang exco Kelantan, semua telah tersurat. Di kalam Loh Mahfuz telah tercatat segala-galanya.

Allah SWT telah menyiapkan kalam Loh Mahfuz 1000 tahun sebelum Nabi Adam a.s diciptakan. Allah SWT berfirman yang bermaksud "tidak ada sehelai daun pun yang jatuh berguguran dan tidak ada setitik embun yang berjatuhan di waktu malam, melainkan dengan kehendakNya belaka” perjalanan hidup semua makhluk telah siap diatur oleh Allah SWT dan tercatat di sana.

Segala yang berlaku adalah kehendaknya dan setiap yang berlaku samaada kepada orang lain atau pun kepada diri sendiri pasti ada hikmahnya.

Cuma kita makhluk yang lemah tidak mampu mengetahui apa hikmah disebalik tiap kejadian yang berlaku, kecuali apabila tiba masanya. Namun kita selaku hamba perlu berusaha dan berdoa agar mendapat yang terbaik dari Allah SWT.

Namun apabila Allah SWT telah membuat keputusan kita wajib akur, patuh dan redha walaupun tidak memenuhi hasrat kita.

Kita wajib tingkatkan usaha namun tindak tanduk kita hendaklah mengikut lunas undang-undang dan tidak menyusahkan sesama ummah dan tidak menambah kerosakan.



1 comment:

Xpas said...

Betul betul betul !
Mrk merancang, dan Allah swt merancang, dan Allah swt lah sebaik baik perancang.

Artikel pelbagai