PRU13 telah pun tamat hampir 2 minggu, tempoh untuk kita lihat parti-parti politik berkempen sudha pun tamat. Apa yang menariknya kita lihat sekarang ini seorang manusia yang tak boleh terima ketentuan Allah SWT masih lagi sibuk berkempen sana sini mengheret rakyat turut BODOH akal fikiran mereka sama seperti Anwar Ibrahim.
Ramai yang mengatakan sebelum ini, PRU13 adalah ibu segala pilihanraya umum. Semuanya telah terbukti, apa yang kita inginkan lagi? Kekalahan Anwar dan pakatan haprak untuk menakluk Putrajaya seperti tidak boleh diterima oleh mereka. Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya menganjurkan Himpunan Black 505 bertujuan untuk memprotes keputusan PRU13.
Sebelum ini GR ada mendedahkan rancangan sulit Anwar demi meraih simpati rakyat untuk PRU13. Rancangan Anwar akan ditembak, baca DI SINI
Sekarang ini pemimpin pakatan mengadakan Roadtour #Blackout ke seluruh negara persis pasca Bersih, hampir seluruh rakyat Malaysia dihasut agar turun ke K.Lumpur untuk melakukan keganasan apabila disemai dengan dakyah fitnah kebencian maka mereka turun merusuh dengan perasaan marah. Lihat bagaimana kesan rusuhan dan keganasan apabila minda rakyat yang diracuni dengan dakyah,fitnah dan hasutan kebencian.
Adakah rakyat mahu hidup dalam gejala rusuhan seperti Bersih yang pakatan anjurkan sebelum ini? Jika PRU13 tidak bersih, kenapa tidak membuat laporan Polis dan sertakan bukti-bukti yang sahih dan PM Najib sendiri beritahu BN sedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan mahkamah jika terbukti bersalah.
Hasil dari roadtour #Blackout GR dimaklumkan pakatan akan berhimpun pada hujung minggu ini demi untuk memprotes keputusan PRU13. Kalau protes, kenapa sekarang Kerajaan Selangor, Penang dan Kelantan sudah memulakan tugas mereka untuk 5 tahun akan datang? Kenapa??
GR ingin memberi peringatan kepada perserta himpunan haram Blackout 505, anda mungkin menjadi mangsa, barangkali ada yang cedera dan mungkin meragut nyawa. Jangan pula ada dari operatif pakatan yang didalangi oleh NDI & IRI(CIA) untuk meletupkan bom dan mencederakan pemimpin pakatan dan peserta himpunan. Jika sesuatu yang buruk berlaku sudah pasti Kerajaan UMNO BN akan dipersalahkan. Satu impak yang besar harus dilakukan untuk menggerakkan penentangan secara besar besaran. Kaedahnya sama seperti revolusi di Mesir apabila ada yang terbunuh.
Bukan dengan cara mengheret dan menggunakan rakyat ke jalanan Kerajaan Malaysia dapat ditumbangkan. PRU13 adalah hasil dari undian rakyat, rakyat telah memilih dan memberikan mandat kepada seluruh calon parti yang bertanding menjadi Wakil Rakyat mereka.
Mungkin letupan yang dirancang bertujuan membangkitkan kemarahan mirip kepada lakonan tembakan bekas Presiden Taiwan sebelum ini. Baca KLIK DI SINI
GR kata: Selamatkan Malaysia dari 'Tangan Asing'!!
No comments:
Post a Comment