Friday, March 1, 2013

#lahaddatu: AL FATIHAH! JENAZAH ARWAH TIBA PU SUBANG ESOK!!


SUBANG JAYA 1 Mac - Jenazah dua komando yang terkorban setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah dijangka tiba di Pengkalan Udara Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), esok.

Ketua Unit Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jenazah Inspektor Zulkifli Mamat, 30 dan Koperal Sabarudin Daud, 46, dijangka akan berlepas dari Tawau menaiki pesawat TUDM, lebih kurang pukul 5 pagi ini.

"Jenazah mungkin akan tiba lebih kurang pukul 9 hingga 10 pagi esok selepas urusan bedah siasat selesai," katanya. - UTUSAN


GR kata: Al Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T

No comments:

Artikel pelbagai