Monday, February 25, 2013
SELIPAR TERESA KOK KENA KEPALA SENDIRI - "NO COMPLAINT, NO HELP!"
Berita yang baru GR terima, Teresa Kok MENGESAHKAN TIDAK AKAN BERTANDING di Parlimen Seputeh. Kenapa boleh macam tu yer? Bukankah Parlimen Seputeh ini pada beliau serupa kacang dan juga merupakan kubu kuat DAP. Apa sudah jadi YB? Bertahun-tahun Teresa Kok menjadi Ahli Parlimen, tak pernah pun GR tengok turun padang berjumpa dengan rakyat.
Nak nampak batang hidung pun susah, nak tengok YB Teresa Kok pusing naik kereta lawat kawasan pun payah. Tahun berganti tahun, nampaknya masyarakat di kawasan Seputeh sudah mula menyesal kerana selama ini mereka memilih wakil rakyat yang PEMALAS.
Harapkan memegang lebih 5 jawatan, tapi apa yang beliau buat? Pembangunan di Seputeh kebanyakkannya adalah untuk memusnahkan penempatan untuk masyarakat yang berpendapatan rendah. Banyak perumahan mewah yang naik. Rumah-rumah urut dan pusat hiburan di kawasan perumahan tu jangan cakaplah...macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Bila masyarakat sudah mula sedar, sokongan sudah pun mereka tunjukkan. Kepada siapa, kita boleh lihat selama ini siapa yang selalu turun padang, buat kerja untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.
Malam tadi, masyarakat Cina dari kaum Tiong Hua di kawasan Seputeh menunjukkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) untuk PRU13. Mereka sudah menyuarakan kali ini mereka tidak mahu lagi silap memilih calon untuk wakil rakyat mereka.
Sambutan jamuan Tahun Baru Cina diadakan malam tadi di Taman Salak Jaya sungguh menakjubkan. Seramai lebih kurang 1000 orang masyarakat pelbagai kaum hadir dalam jamuan yang dianjurkan oleh BN Seputeh.
Tahniah GR ucapkan kepada BN Seputeh kerana berjaya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat Seputeh. Berkhidmat dengan ikhlas in sya Allah akan dibalas dengan baik...rakyat akan menilai mana yang terbaik untuk masa depan anak cucu cicit mereka dan juga negara.
Teruskan yang terbaik, dan pada masyarakat Seputeh juga GR ucapakan tahniah sebab berani nak humban Teresa Kok dalam 'tong sampah'. Korang memang best!!
GR kata: Tamatlah riwayat DAP di Seputeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalam bro... Mohon pautkan blog saya http://kitcaiping.blogspot.com/ saya dah pautkan blog bro... tqvm bro..
Post a Comment