Monday, March 18, 2013

Artis Nie Lebih Hebat Dari Ostajah Celop Abby! Malu La Weiii...!!


SETIAP kali ada perkembangan terbaharu berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pasti jantung Rafidah Ibrahim berdegup cepat.

Paling dibimbangi sekiranya terdapat berita membabitkan kehilangan nyawa di kalangan pasukan polis dan tentera bertugas mempertahankan kedaulatan negara di situ.

Baginya bilangan 10 nyawa wira negara yang gugur di medan juang sudah cukup banyak. Dan penyanyi yang menyanyikan semula lagu Apo Kono Eh Jang ini selalu berdoa supaya jumlah kehilangan perwira itu tidak bertambah.

Malah Rafidah yang mesra disapa Fida ini turut mengambil inisiatif menganjurkan solat hajat di Masjid Al-Iman, Kemensah Height, Kuala Lumpur malam Rabu lalu bagi mendoakan keselamatan pasukan polis dan tentera yang bertugas.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis solat hajat anjuran Fida itu ialah pelakon Zalif Sidek, Hafiz Nafiah, penyanyi Azmir Arif dan komposer Sheikh Qalam.

"Saya selalu mengikuti cerita pencerobohan pengganas di Sabah sejak awal sehingga ke hari ini. Sedih rasanya dengan apa yang berlaku.

"Sebagai rakyat yang prihatin, tak salah untuk saya anjurkan solat hajat untuk mendoakan anggota keselamatan bertugas. Saya berharap agar tiada lagi yang terkorban dan peperangan cepat berakhir," katanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang bertindak mempolitikkan insiden tersebut.

"Maaf kalau ada orang yang mempertikaikan pandangan seorang selebriti terhadap isu serius sebegini.

"Tetapi jujurnya saya sedih apabila ada cerita-cerita kurang enak timbul daripada peristiwa berdarah di sana. Walhal anggota keselamatan kita bermati-matian mempertahankan negara.

"Saya juga sedih apabila ada di kalangan generasi muda yang tiba-tiba bersuara lantang dengan mengaitkan peristiwa berdarah di Sabah itu membabitkan agenda pihak tertentu," katanya yang turut menasihati anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang berlegar di Internet.

Malah Fida yang berganding dengan Datuk AC Mizal dan Qalam Band bagi lagu Wan Lebor ini turut mengajak anak muda menanam semangat cintakan negara.

Katanya, sudah tiba masa generasi muda bersatu agar Malaysia tidak tergugat apabila diserang anasir yang cuba memecahbelahkan keharmonian negara.

"Selama ini saya tidak marah kalau orang kutuk saya. Tetapi saya boleh marah kalau orang kutuk Malaysia. Orang jenis ini memang tidak tahu erti perjuangan perwira negara terdahulu.

"Sebab itu mereka mudah berkata tidak elok tentang negara dan memberontak jika ada perkara yang tidak kena.

"Kalau sikap sebegini berterusan, lama kelamaan boleh menyebabkan orang kita jadi pengemis di negara sendiri," kata juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini.


GR kata: Jangan bertudung saja pandai, akhlak pun kena pandai jugak.

7 comments:

Anonymous said...

brtudung+brjoget tunjuk body sna sni..1malaysia tgk..

botakr6 said...

Comei sgguh...cacai jgn nak yeyek aje..pemimpin kaki bontot lg teruk..depan sapu,belakang pon sapu..

Anonymous said...

Joget bertudung itu dia punya hak yg ko nak sibuk buat pe ko tentukan amalan dia ker? Jealous kambing arrr ko nie..janji dia ada perasaan cintakan bangsa..agama dan negara..

Anonymous said...

Cam laknat je komen anon 12.55...at least dia sygkan negara...yg pakai serban sebakul tu liwat bantai bini sampai koyak tu ko x ingat plak ek...itu pemimpin PAS ok!

ahmadborhan said...

asyik mengutuk je..dahlah penakut tak letak nama sendiri..saya puji sikap Rafidah,dia jujur dan berani menyatakan kebenaran..sebagai rakyat malaysia, mesti ada semangat cintakan negara..bukan kondem pejuang negara..kalau tidak bijak jgn komen..nampak mcm akal letak dilutut.

Unknown said...

berjoget ke apa ke tu kerjaya dia ...kita yg dok kutuk ni dah betoi sgt ke...ha.ha.ha...
ape pon syabas wat fida
we all sokong u...

Razeef Mohamed said...

alhamdullillah. Masih ade orang yang beringat dan sanggup bersedekah doa untuk pejuang kita.

Artikel pelbagai