Monday, March 18, 2013

GEMPAR! HANYA DENGAR CERAMAH NIK AZIZ DAN AZHAR IDRUS BOLEH MASUK SYURGA!


Selama 22 tahun PAS memerinntah Kelantan apa yang diberikan untuk rakyatnya. Tiada apa sebarang pembangunan yang dibuat oleh Nik Aziz dan sekutunya. Sejak dari pemerintahan mereka di Kelantan, rakyat hanya disajikan dengan ceramah-ceramah Nik Aziz.

Boleh dikatakan negeri Serambi Mekah ini menyajikan ceramah kepada rakyatnya disetiap waktu. Bukan saja di surau atau pun masjid, di perhentian bas dan tempat awam pun disajikan dengan ceramah Nik Aziz. Adakah ceramah tersebut yang biasa kita dengar berlandaskan Islam sepenuhnya?

Jika ceramah tersebut berkisarkan Islam tak mengapalah kan, kita semua sememangnya dituntut untuk mempelajari Islam melalui cara yang betul. Tapi ceramah-ceramah Nik Aziz semuanya 'berfatwa politik' dan pelbagai mazhab yang diputarbelitkan demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Tak hairanlah, Kelantan sebuah negeri yang digelar serambi Mekah, di mana-mana saja peluang untuk masuk Syurga ditawarkan. Cepat dan mudah, cukup dengan hanya mendengar ceramah PAS tiket masuk ke Syurga mudah tercapai.

Terbaru, surat arahan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan arahan mengarahkan semua pasaraya di bandar tersebut WAJIB memasang ceramah PAS. Lihat di bawah :


Apa yang menariknya,tawaran masuk Syurga turut dijanjikan kepada mereka yang mendengar CD ceramah PAS. Malah amaran turut diberikan hanya CD Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang dibenarkan.

PAS sanggup mempergunakan Islam kerana mereka yakin PRU13 nanti rakyat Kelantan akan berikan mandat semula kepada BN untuk memerintah negeri Kelantan. Lebih dahsyat lagi, pasaraya yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dengan serta merta.

Pada rakyat Kelantan, bukalah mata dan minda anda semua. Janganlah terpedaya dengan temberang PAS yang mempermainkan Islam untuk kepentingan mereka. Jika mahukan suasana pelajaran sesat selama 22 tahun ini diberikan pada anda teruskan undi PAS dan kekalkan PAS pada PRU13 nanti.

Untuk pengetahuan semua, UMNO tak sanggup nak buat macam nie. Takut wooo nak jawab kat akhirat nanti.


GR kata: Nak masuk Syurga jom dengar CD ceramah Nik Aziz!!

6 comments:

Xpas said...

Yg terjamin ke Syurga adalah yg bertaqwa, dan yg terjamin ke Neraka adalah yg kufur. Jika tidak kufur tp tidak juga bertaqwa sbhgn diampun sbhgn diazab.

Sam FireFlow said...

diorg salah print kot

Anonymous said...

ini bukan salah tapi admin blog ini telah edit...

Anonymous said...

betul2 hina yang telah edit surat ini

Anonymous said...

dengar ceramah kalau yangbaik tak per..betullah tugi majlis ilmu salah satu tiket nak ke syurga kerana menuntut ilmu...

Anonymous said...

============

kemon la,
perenggan no. 3 apsal TAK JUSTIFY.
nampak sangat HUJUNG KANAN baris ayat tu tunggang langgang.
EPIC FAIL la. cacai2 UMNGOK sila la PERCAYA

Artikel pelbagai