Sunday, March 17, 2013
UPDATE #lahaddatu: CHECKMATE, FILIPINA JUMPA SIAPA DALANG!
Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.
Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.
“Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.
Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan dalam segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.
“Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.
“Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan,” katanya.
Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.
Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.
Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.
Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. - Sumber
GR kata: Heret manusia yang mahu hancurkan negara ke muka pengadilan!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
poning kpala aku. kjap negara tu kejap negara ni. ckp le btol2
namanya pong "GosipRakyat"... pastu spin kuat2...dah 10x pusing - mestilah poning kopala ekau dibuek nyo!
Masaallah dan keselamatan negara mana mungkin diputarbelitkan? ?? HUJAH, PERLU ADA FAKTA DSN MATLUMAT, JANGAN BERI PEBDAPAT YANG TIDAK BETUL DAN AKAN MEROSAKKAN NEGARA, DISAMPING ITU, KITA PERLU PANDAI MENILAI, MALAYSIA NEGARA KITA,DISEBABKAN FAHAMAN POLITIK Yg berbeza, jangan cuba komen perkara yg negatif .PASTI YANG RUGI ADALAH RAKYAT, APABILA NEGARA JADI HURU HARA.
Post a Comment