Thursday, January 10, 2013

RAFIZI TERIMA 'DUIT' DAP DEMI MENJATUHKAN BANGSA MELAYU!!


Hebat sangatkah Pengarah Strategi PKR nie? Lepas satu hal ke satu hal dibuatnya. GR lihat makanan sebati beliau dengan MENIPU rakyat gamaknya dengan berbuat demikian hidupnya aman agaknya.

Jika kita lihat pelbagi isu-isu baru yang ditimbulkan oleh Rafizi Ramli ini adalah untuk MENUTUP kes NFC yang mana penipuan beliau selama ini terbongkar sudah. NFC yang kita semua ketahui tidak ada kaitannya dengan bekas Menteri Wanita tapi dengan pengunduran beliau dalam jawatankuasa Kabinet menampakkan Rafizi berjaya MENIPU rakyat.

Bila pendedahan dibuat oleh blogger KL CHRONICLE, pandai pula Rafizi bersuara menyatakan NFC tidak telus memberikan maklumat kepada blogger tersebut. Aiiii...tau pulak takut yer.

Sebab itulah timbulnya pelbagai isu yang kita lihat sekarang ini tak masuk akal, senang kata HENTAM KEROMO jer asalkan boleh 'coverline'.

Baca di bawah :

Projek pembangunan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Putrajaya dijangka siap selewat-lewatnya pertengahan 2015.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelewatan pembinaan Puspahanas adalah berpunca daripada masalah pertukaran tanah dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami sedang memantau perkembangan Puspahanas dan sedia maklum kelewatan pembinaannya adalah berpunca akibat pertukaran tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - UTUSAN

Pembaca lihat kenyataan di atas ini jelas terjawab punca kelewatan pembinaan adalah punca dari pertukaran tanah. Ada ker proses pertukaran tanah boleh dilakukan dalam masa yang cukup singkat? Kita ambil contoh, tidakkah Rafizi berfikir dengan projek perumahan rakyat di Selangor yang secara tiba-tiba dinaikkan kepada rumah kos sederhana mewah. Jelas itu lebih membebankan rakyat dan penyelewengan juga boleh kita kaitkan di situ.

Jika kita fikir sejenak, segala isu yang cuba diputarbelitkan oleh Rafizi adalah mengenai institusi Melayu. Beliau seharusnya berbangga kerana institusi Melayu boleh berkembang pesat dalam arus pembangunan. Kenapa CEMBURU melihat anak bangsa sendiri maju ke depan? Rafizi ini bukan darah daging Melayu ker?

Sanggup mengadaikan maruah bangsa sendiri demi mendapat wang yang mungkin banyak DIBAYAR kepada beliau tapi sampai bila nak MAKAN duit serupa itu. Tahukah pembaca semua LTAT adalah sebuah badan berkanun dan fungsi badan berkanun ini ialah apa? Mesti ramai yang tahu bukan...

Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang telah ditubuhkan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.

LTAT merupakan tabung amanah dengan tanggungjawab asasnya untuk menguruskan kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara paling cekap untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya dan memastikan supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara.

LTAT mengamalkan strategi untuk melabur di dalam pelbagai sektor dan industri, untuk menjamin kemantapan pulangan pelaburan di dalam apa jua keadaan ekonomi dan untuk pertumbuhan pelaburan dalam jangkamasa panjang.

Bagi pulangan jangka pendek LTAT melabur di dalam Pasaran Wang dan Pasaran Saham. Operasi pasaran saham LTAT dikendalikan oleh beberapa pengurus dana tempatan dan unit portfolio urusniaga saham LTAT sendiri.



Jika LTAT sebuah badan berkanun dan mempunyai sektor pelaburan di dalamnya, kenapa salah LTAT mahu menjana pendapatan sendiri. Inilah fungsi mereka sebenarnya. Dan tidak ada sebab untuk mengaitkan Menteri Pertahanan atau pun Perdana Menteri dalam hal ini kerana setiap keputusan yang dibuat adalah merujuk kepada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Takkan itu pun Rafizi tak tau yer? Bukankah beliau dulu bekerja dalam Petronas yang kita semua tahu sebuah syarikat yang ternama. Mungkin disebabkan beliau tidak layak menjawat jawatan di Petronas sebab itu sanggup gadaikan maruah bangsa sendiri. Layakkah manusia seperti ini kita mahu angkat sebagai pemimpin?? Tepuk dada tanya selera.....


GR kata: Rafizi lain kali guna akal jangan guna pungkok yer....

1 comment:

Anonymous said...

mmg dia tak tau pun... lulus ijazah pun cuma setakat 2nd class lower.... apa lah sangat !!!

Artikel pelbagai