Thursday, January 10, 2013

HOT: MALAYSIA BAKAL DIKRISTIANKAN TAK LAMA LAGI!?


Malaysia adalah merupakan sebuah negara Islam. Tidak mustahil suatu hari nanti negara Islam ini yang dari dahulunya dibanggakan oleh masyarakat negara-negara luar seluruh dunia akan menjadi seperti biasa-biasa saja. Ini adalah kerana keistimewaan itu tidak lagi kita kecapi disebabkan bukan lagi sebuah negara Islam.

Astagfirullah Hal'azim....semakin hari semakin kita ditunjukkan cara-cara halus yang dibuat oleh musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Pokok pangkalnya umat Islam sendiri tidak bersatu demi menjaga Islam itu sendiri.

Dalam hal penggunaan Kalimah Allah S.W.T adalah DILARANG sama sekali untuk digunakan oleh agama lain selain agama Islam. Jika penggunaan kalimah Allah S.W.T ini boleh digunakan sewenang-wenangnya mudahlah agama lain untuk menyamakan Allah S.W.T dan tuhan-tuhan mereka yang lain. Sudah semestinya umat Islam lain mudah terpedaya dengan penipuan-penipuan ini dan menjurus kepada MURTAD secara meluas.

Baca di bawah :

Majlis Gereja (CCM) akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu, kata para ketua gereja majlis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata penganut Kristian di Malaysia telah menggunakan kalimah tersebut dalam Bible versi Melayu dan dalam pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya.

"Juga, banyak masyarakat pribumi di negara kita telah merangkumkan perkataan ini dalam bahasa harian mereka.

"Dalam perkara ini, kita akan meneruskan amalan ini, dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini," menurut kenyataan.

Mereka menambah amalan tersebut "dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan" di bawah Perkara 11.

Dua hari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa bukan Islam di negeri ini telah dihalang daripada menggunakan "Allah", kerana ia adalah perkataan suci hanya untuk umat Islam.

GR cabar PAS, jika benar ada mengatakan dalam Al-Quran atau hadith sahih yang menerangkan kalimah Allah S.W.T ini boleh digunapakai oleh semua agama tunjukkan. Atau pun Nik Aziz dan Hadi Awang ini belajar kitab taurat dan injil yang telah diubah suai. Layakkah mereka ini dipanggil ulama'??

Inilah sebenar matlamat puak Pakatan Haprak di Malaysia. Baik PAS dan PKR, umat Islam dalam parti tersebut sanggup bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan Islam di Malaysia ini. Inilah cara-cara halus mereka berdakwah untuk menyesatkan umat Islam itu sendiri terutama sekali untuk golongan anak muda. Mereka ini adalah golongan yang mudah terpedaya dengan apa saja yang ada di depan mata mereka tanpa berfikir panjang buruk baiknya. Yang penting apa yang mereka maukan, mereka boleh dapat.

Fikirkanlah wahai pembaca yang budiman, jika penggunaan Kalimah Allah S.W.T ini digunakan oleh agama lain...ini menunjukkan mereka mempermainkan kekuasaan Allah S.W.T dan mengejek-ejek Allah S.W.T adalah Tuhan yang satu. Tidak mustahil ada pihak yang tak bertanggungjawab menzahirkan siapa itu Allah S.W.T dengan menyamakan dengan perwatakan sesiapa. Walhal kita semua tahu Allah S.W.T adalah Tuhan semesta alam. Segala yang tercipta di muka bumi ini dan segala-galanya di bawah kekuasaan Allah S.W.T Pertahankan agama Islam itu sendiri kerana Islam adalah agama yang suci.


GR kata: Allah S.W.T Maha Berkuasa atas segala-galaNYA

2 comments:

Darah Satria said...

Bro.. tolong listkan senarai blog gua sekali jika tak menyusahkan.

http://darah-satria.blogspot.com/

Gossip Rakyat said...

saya bkn bro. no problem akan dipautkan. TQ

Artikel pelbagai