Friday, October 12, 2012

SINGA TERDIAM KAKU DIGASAK KOMANDOR ATM! #GoATM @Zahid_Hamidi @shahrulyahya




Slot pertama final Piala Malaysia 2012 menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyingkirkan LionsXII dengan penuh dramatik melalui situasi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat pada masa tambahan. Yasir Hanapi memusnahkan impian LionsXII apabila sepakan penalti ketujuh yang diambilnya terkena tiang, sekali gus membawa ATM ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966.

Situasi penentuan penalti berlangsung dengan penuh debaran selepas pemain ATM, Aidil Zaquan Adha gagal menyempurnakan tendangan kedua, namun Saiful Esah meletakkan peluang kedua-dua pasukan kembali seimbang selepas tidak berjaya pada percubaan keempat. LionsXII berpeluang muncul pemenang pada perlawanan itu selepas sepakan keenam A. Varanthan terkeluar apabila mengenai palang tetapi Baihakki Khaizan mensia-siakan peluang tersebut selepas Farizal Harun berjaya menampan kemas sepakan pemain tinggi lampai itu sebelum Fitri Omar kembali meletakkan ATM di hadapan.

Sebelum itu, LionsXII berjaya memimpin perlawanan dengan jaringan pada minit ke-26 melalui Agu Casmir, namun Marlon Alex James mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan jaringan di saat akhir perlawanan. ATM memberikan amaran awal sebaik minit ketiga melalui percubaan Zaquan Adha Abdul Razak namun dapat diselamatkan oleh Izwan Mahbud. Jaringan LionsXII hadir tanpa dijangka hasil percubaan Agu yang mengenai pertahanan ATM lantas mengelirukan Farizal Harun sebelum bola membias masuk ke dalam gawang pada minit ke-26.

Semangat patriotik begitu tinggi ditunjukkan oleh penyokong ATM semalam. Laungan lagu-lagu semangat mereka mainkan untuk menaikkan semangat pemain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sayangkan negara dan mereka tidak mahu negara tewas pada negara luar walaupun dalam bola sepak....Tahniah ATM dan tahniah rakyat Malaysia!!!


GR kata: Tahniah ATM, DS Zahid Hamidi umumkan hari Isnin ini hari cuti bagi warga ATM!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Artikel pelbagai