Inilah manusia bila dianugerahkan otak untuk berfikir dengan sempurna tapi gagal digunakan dengan baik. Oleh kerana nafsu yang membuak dalam diri mereka sanggup melakukan apa saja demi kepuasan nafsu sendiri.
Ini namanya kerja gila yang kenikmatannya hanya sementara, selepas itu menanggung derita yang tak berlagu. Lain kali sebelum membuat sesuatu fikirlah dahulu...kelak nanti menyesal tak ada gunanya. Nasib baik tak hilang 'anu' dibuatnya....
IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.
Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.
Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.
GR kata: Macam-macam manusia zaman sekarang...yang nafsu 2 alam pun ada jugakkan!!
No comments:
Post a Comment