Sunday, October 7, 2012

Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2011! Tahniah...!!!


SHAH ALAM: Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof membawa tuah buat pengarahnya apabila diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 yang diadakan di Stadium Malawati, di sini, Ahad malam. Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster turut memenangi bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat. Dalam pada Itu, filem Khurafat yang juga merupakan karya Syamsul turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat. Kemenangan KL Gangster sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Hantu Bonceng yang memenangi anugerah Filem Kelakar Terhebat dan Hero Terhebat (Zizan Razak).

Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan. Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011. Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Sementara itu, anugerah yang bertemakan 'Letusan Blok Warna' disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pada pukul 9 malam. Pengacara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi tanggungjawab mengendalikan anugerah tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:

Anugerah Filem Paling Hebat-KL Gangster
Anugerah Tuan Direktor Terhebat- Syamsul Yusof – KL Gangster
Anugerah Direktor Baru Terhebat- M Suurya – Sumpahan Puaka
Anugerah Filem Aksi Terhebat- KL Gangster
Anugerah Filem Kelakar Terhebat- Hantu Bonceng
Anugerah Filem Takut Terhebat- Khurafat
Anugerah Drama Muzikal Terhebat- Nur Kasih The Movie
Anugerah Hero Terhebat- Zizan Razak – Hantu Bonceng
Anugerah Heroin Terhebat- Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
Anugerah Watak Penyangak Terhebat- Fikri Bakar – Klip 3GP
Anugerah Lagu Filem Terhebat- Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat- Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla – Ratu The Movie
Anugerah PFM- Syamsul Yusof
Anugerah Astro First Terhebat- Kongsi


GR kata: Tahniah kepada semua pemenang...tahniah juga pada artis yang suka 'tayang-tayang...

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Artikel pelbagai