Tuesday, October 9, 2012
GEMPAR: SELEPAS ABBY, SIFU M.NASIR PULA JOIN PEMBANGKANG??
Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politiknya.
Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini dikhabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.
Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.
Walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.
Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut diheret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.
Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lainnya.
Nak dengar lagu yang dinyanyikan oleh Datuk M.Nasir.... Klik DI SINI
GR kata: Pembangkang tabur duit untuk kaburi mata artis...artis harus sedar apa yang mereka lakukan!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seperti artis artis sebelum ini, M Nasir bukan orang politik. Dia hanya lah seorang penyanyi dan pelakon. Itu lah sahaja sumber dia, menyanyi dan berlakon filem. Kepada siapa dia menyanyi itu tidak relevan. Yang penting dia mendapat bayaran. Namun kalau benar dia menyertai PR dan terlibat secara aktip menentang pentadbiran negara ini, dia telah 'memperjudikan' nasibnya sendiri. Mungkin dia mahu mencari kelebihan dan berangan angan mahu jadi YB. Itu hak dia. Kalau PR menang nanti, jadi sabut lah dia. Kalau kalah, jadi batu. Itu pun hak dia juga. Mati mati saya ingat dia ni Hang Tuah..rupa rupanya jadi Jebat derhaka juga.
sokong pendapat saudara. seharusnya golongan artis harus berfikir mereka bukan tempat untuk dipermainkan macam bola..betul tak??
Post a Comment