Aktres jelita, Maya Karin akui dirinya masih lagi solo dan tidak menolak dakwaan sememangnya dia mempunyai ramai kawan. Akan tetapi timbul spekulasi yang mengatakan kononnya dia bencinta dengan pemilik Lotus, apabila aktres ini telah bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula satu di Singapura September lalu.
Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan.
Dengan memegang status single, Maya Karin turut akui dirinya suka meluangkan masa dengan melancong ke serata dunia dan tidak menolak berkemungkinan aktres jelita ini akan bertemu dengan sesiapa sahaja yang mungkin akan menjadi jodohnya.
Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu. Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin, biarlah ia berlaku secara semulajadi.
Selanjutnya baca DI SINI
GR kata: Lepas ni boleh tengok Maya Karin bawak F1 Car pulak yer...Hi hi hi
1 comment:
Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
Post a Comment