Hari ini cerita panas lagi sensasi dalam akhbar Harian Metro yang GR pasti ramai dikalangan pembaca sekalian sudah membeli akhbar popular ini. Makin lama semakin ramai manusia yang nafsu mereka mengalahkan binatang. Tidak hiraukan hukum hakam agama yang penting bagi mereka nafsu mereka 'terbayar'. Baca seterusnya di bawah :
KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.
Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.
Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit. - HM
Identiti siapakah gerangan Ostad yang bernafsu kuda ini GR akan bongkarkan dan apa yang pasti dari kalangan puak pakatan pembangkang. Inikah contoh yang baik perlu kita contohi?? Mereka sibuk sana sini memperjuangkan Islam tapi hakikatnya HANCUR!!
Ostad yang GR maksudkan dan heboh dalam Harian Metro hari ini adalah seorang ahli Pemuda PAS. Beliau telah menipu 11 orang isterinya dan meninggalkan mereka selepas malam pertama bersama. Hebat Pemuda PAS ni. Muka dah macam ustaz tapi nafsu mengalahkan binatang.
Heboh diperkatakan sejak seminggu dua yang lalu di media maya, ostad muda ini dicari oleh 11 orang isteri-isterinya kerana telah ditipu. Ostad ini berkahwin hanyalah untuk melepaskan nafsu serakahnya dan
sambil itu menipu duit isteri-isterinya. Ingin tahu siapakah ostad tersebut....lihat di bawah :
Nama ostad ini ialah Ostad Mohd Razis Ismail.... Memang hebatkan PAS ni, sebab mereka layak melahirkan Ustaz Songsang dan juga Ustazah Celop.... Kalau ada siapa-siapa yang kenal dengan Ustaz Razis beristeri 11 ni tolong laporkan pada pihak Polis dengan segera, sebab individu ini memang sedang dicari oleh orang ramai. Yang sedihnya kesemua isteri yang ditinggalkannya tidak pernah diceraikan umpama gantung tak bertali. Malah ada yang telah hamil dan anak satu ditinggalkan begitu saja.
GR kata: Ostad ni kalau kahwin dengan Ostajah Celop PAS memang sesuaikan....
No comments:
Post a Comment