Wednesday, October 24, 2012

CAYALAH...POWER LA MB @Khalid_Ibrahim NI KAN!!


Semalam dalam akhbar media cetak Anwar Ibrahim mengatakan bahawa MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cemerlang dalam perkhidmatan beliau selama menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008. Beliau mengatakan pentadbiran PKR di Selangor mendatangkan sumber pendapatan yang sangat 'lumayan'. Apa pun GR ucapkan tahniah pada MB Selangor di atas penghargaan ini.

Tapi sebenarnya timbul pelbagai persoalan benarkah hasil kekayaan yang dikecapi oleh negeri Selangor adalah dari 'kebijaksaan' pentadbiran Khalid Gagap. Adakah hasil kekayaan tersebut disebabkan pertumbuhan rumah-rumah urut yang melampau di Selangor. GR mendapat maklumat terbaru dari sumber dalaman pentadbiran negeri tersebut, jumlah rumah urut lebih banyak rumah ibadat di Selangor. Apa citer ni YB??

Pelbagai lagi isu-isu yang menjadi persoalan pemikiran rakyat...betul tak? Isu sampah kenapa sehingga sekarang masih tidak selesai. Kontraktor yang dilantik adakah dikalangan kroni-kroni pakatan pembangkang..yelah dapat kontrak tapi tak buat keja. Baca pendedahan sebenar di bawah :


1. http://penaksj.wordpress.com/2012/10/02/bijak-khalid_ibrahim-urus-wang-selangor-beli-50-buah-kompaktor-baru-adalah-muslihat/
2. http://penaksj.wordpress.com/2012/10/03/siri-2-lori-kompaktor-terpakai-kerajaan-khalid_ibrahim-beli-mahal-dari-harga-pasaran/
3. http://penaksj.wordpress.com/2012/10/11/siri-4-aset-meragukan-pembelian-50-buah-lori-kompaktor-sampah-dan-bas-mewah-jelajah-anwar-sprm-sila-siasat/

Bagaimana pula dengan isu penyelewengan Talam, pembelian bas mewah untuk Anwar Ibrahim dan isu air di Selangor? Kenapa masih membisu wahai MB Selangor??


Mana hebatnya yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim tentang pentadbiran MB Selangor nie yer. Terlalu banyak penyelewengan yang kita dapati dalam pentadbiran mereka. Rakyat seharusnya menilai dengan bijak apakah yang tersirat disebalik apa yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Ianya hanya satu semata-mata untuk mengkaburi mata dan pemikiran rakyat...kononnya merekalah sebuah parti yang hebat dalam semua bidang.


No comments:

Artikel pelbagai