Wednesday, October 24, 2012

HOT: ARTIS TINDIK PUSAT SEBAB NAK POPULARKAN DIRI??


Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.

Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

“Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Kalau nak popularkan diri balik bukan macam ni caranya...bakat yang ada dalam diri itu lebih penting. Betul tak??

2 comments:

Gossip Rakyat said...

wasalam...baik saya akan pautkan. TQ

JenggotMan Borneo said...

MasyaALLAH... takut mak marah tapi tak takut KEMURKAAN ALLAH SWT... smoga Hidayah dilimpahkan keatas kita semua!

Artikel pelbagai