Apa yang boleh kita terjemahkan manifesto dalam setiap pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil di negara kita ini? Manifesto dalam pilihanraya adalah merupakan janji yang perlu ditunaikan pada pengundi kerana mereka inilah yang memberikan mandat untuk memerintah negara.
Jika kita lihat dan bandingkan dengan manifesto-manifesto yang diberikan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang mana manifesto mereka terlaksana. Jangan hanya pandai berjanji dengan rakyat memberikan berbagai janji bulan dan bintang tapi akhirnya rakyat yang susah.
Manifesto pakatan pembangkang di Selangor yang katanya ingin memberi air percuma pada rakyat Selangor tapi sehingga sekarang habuk pun takder. Rakyat harus fikir dengan matang yang mana Janji Ditepati dan Janji Ditaburi.
Naib Presiden UMNO, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memberitahu dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera pagi tadi beliau begitu kagum dengan pembangunan yang begitu pesat di Parlimen Bera ini. Tahniah diucapkan kepada YB Dato Seri Ismail Sabri yang berjaya memimpin dan mentadbir kawasan Bera dengan begitu baik sekali.
Dato' Seri Zahid Hamidi juga menyarankan agar terus membawa Transformasi Politik yang dibawakan oleh YAB Presiden parti kerana tujuan sebenar transformasi dibuat adalah untuk memupuk, menambahbaikkan dan memperkukuhkan sistem politik di Malaysia bukannya untuk menukarkannya dengan yang baru.
Beliau juga menyarankan agar kesemua pemimpin-pemimpin UMNO baik diperingkat bahagian dan cawangan agar terus berkhidmat untuk rakyat, berikan 100% komitmen turun padang berjumpa dengan rakyat tidak kira masa berdamping dengan mereka dan selesaikan masalah rakyat dengan segera. UMNO dan Barisan Nasional akan terus kekal memerintah Pahang pada PRU 13 dan sampai bila-bila.
GR kata: Rakyat dah muak dengan janji kosong...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment