Tuesday, August 21, 2012

AKHIRNYA @abby_abadi112 MENYESAL IKUT NIK AZIZ!?


Abby Abadi yang berhijrah dan kemudianya menyertai ahli Pas sering di kritik dan di fitnah akibat kelantanganya menyuarakan sesuatu pendapat. Namun bagi Abby Abadi sendiri, dia tidak mengambil peduli semua itu kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya. Apabila ditanya soal politik, Abby menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya sebagai ahli politik.

“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.”

“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik,”

“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,”

Abby Abadi yang masih sayangkan dunia lakonan lantas menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang hiburan melainkan kerajaan tumbang.

“Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan,” tegasnya.

“Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.”

“Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain,” - SH


GR kata: Kalau buat benda yang betul, siapa nak marah betul tak?? Fahamkan hadith Nabi: Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina....

3 comments:

Anonymous said...

bro, tu hadis palsu, mohon jgn sebarkan lg.

sebarkan hadis palsu = fitnah nabi sbb bile kte kate hadis maksudnye ia datang dari nabi, sedangkan nabi xpernah sabit pon cakap ayat 2.

wallahualam :)

Unknown said...

Sy pun setuju tiada hadis berkenaan tersebut. Aby abadi jgn terlalu mengejar glamour sehingga terbawa bawa di dlm penghijrahan diri anda. Biar Allah yg tentukan salah dan silap bukan kerja kita

Gossip Rakyat said...

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

Maksudnya: “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad...Wallahualam

Artikel pelbagai