Sunday, August 19, 2012

FOTO: PETANDA YANG BUAT ANUWAR MEROYAN!?


PUTRAJAYA: Beribu-ribu membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Ahad bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau.

Ribuan orang mula beratur di luar Seri Perdana seawal pukul 9 pagi, yang tiba dari seluruh negara malah dari luar negara bagi menghadiri rumah terbuka tahunan Perdana Menteri di sini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mula menyambut kunjungan orang ramai pada pukul 11 pagi, dan ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Turut hadir ialah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamaed dan para pemimpin Barisan Nasional seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Atlet Olimpik negara, Datuk Lee Chong Wei yang turut hadir turut dikerumuni oleh para penyokong dan peminatnya dengan banyak permintaan untuk bergambar bersama dengan beliau. Setakat pukul 1 petang, kira-kira 20,000 orang, termasuk pelancong hadir pada sambutan perayaan hari raya pada Ahad.

LGE dan Teresa Kok pun ada..Anuwar mane??

Majlis itu dijangka menerima kunjungan 100,000 tetamu. Najib turut dijadualkan untuk mengadakan sidang video dengan rakyat Malaysia di Beijing kemudian pada Ahad. - mStar


GR kata: Rakyat Malaysia masih sayang PM dan Kerajaan yang sedia ada sekarang. Rakyat Malaysia yang akan pertahankan Putrajaya dari petualang negara.

No comments:

Artikel pelbagai