Inilah inisiatif kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat. Bukan saja janji yang diberikan malah janji tersebut turut DITUNAIKAN dan DITEPATI. Isu PTPTN yang hebohkan oleh puak pakatan kononnya ingin memberikan pendidikan percuma kepada semua golongan mahasiswa hanyalah omong kosong saja.
Jika ianya dilaksanakan nescaya negara boleh menjadi bankrap dek kerakusan puak pakatan ini mentadbir negara. Dalam meringankan beban peminjam PTPTN ini, pelbagai cara pihak Kerajaan telah lakukan dari segi memberi kelonggaran kepada mereka dalam menyelesaikan pinjaman PTPTN ini. Untuk memansuhkan PTPTN ini ramai pihak tidak menyokongnya kerana ianya sangat berguna dalam meringankan beban pelajar dari segi yuran dan perbelanjaan harian mereka.
TEMERLOH – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.
“Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan.
Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion. – BERNAMA
GR kata: PR nie sembang jer lebih...PTPTN baru gempak sikit hari tu dah mengelabah sabut..inikan nak bagi pendidikan percuma. Hakkktuihhhh la PR!!
1 comment:
Mana boleh negara bankrupt mansuhkan ptptn. Ko ni bodoh ekonomi rupenya. Bubarkan Jabatan Khidmat Negara dan program khidmat negara, minta orang-orang kaya UMNO bayar cukai pendapatan, syarikat-syarikat yang berhutang dengan kerajaan. Hentikan projek-projek Mega, pendapatan Petronas. Itu sudah dapat menjamin pendapatan dan membiayai belajawan negara, termasuk pelaburan-pelaburan asing. Orang suruh belajar eknomi x mahu.
Post a Comment