Wednesday, March 21, 2012

TAHNIAH!! SPM 2011 PENCAPAIAN SANGAT BAIK!! @MuhyiddinYassin @NajibRazak


Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred PurataNasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlispengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, Rabu.

Beliau berkata, seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.


GR kata: Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya dalam SPM 2011, yang kurang berjaya jangan cepat berputus asa. Teruskan lagi menuntut ilmu insyaallah korang akan berjaya suatu hari nanti.

No comments:

Artikel pelbagai