Monday, March 19, 2012

Rayuan BR1M Dilanjutkan Bukti Kerajaan Prihatin!! @NajibRazak


Sudah terbukti Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan YAB PM berjaya menyelami denyut nadi rakyat. Bukan sahaja janji yang diberikan rakyat dikotakan malah pelbagai usaha dan produk yang dihasilkan oleh Kerajaan adalah untuk dirasai oleh semua rakyat di Malaysia. Produk-produk Kerajaan yang dihasilkan oleh Kerajaan juga diterimabaik oleh semua masyarakat di Malaysia. Jika nak dibandingkan oleh apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat jauh sama sekali. Mereka hanya pandai berjanji tapi nak kotakan jauh sama sekali...

Baca kenyataan di bawah :
Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tamat Khamis lepas, menunjukkan satu sikap keterbukaan dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kata Timbalan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.

Beliau berkata ini kerana peruntukan BR1M bertujuan membela rakyat dan mensejahterakan negara sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

"Rakyat kena ambil keprihatinan ini untuk sama-sama melihat keterbukaan kita kepada hal yang ada hubung kaitnya dengan kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bayaran Khas Kepada bekas kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Melaka, Isnin.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia Datuk Melati Ali. Pada majlis itu, seramai 363 bekas kakitangan Kemas menerima bantuan khas RM3,000 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan khidmat pekerja kontrak yang tidak menerima pencen. Melaka merupakan negeri keenam mengadakan majlis penyerahan bayaran khas itu selepas Kelantan, Sarawak, Terengganu, Perlis dan Johor.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Penasihat Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, berkata sumbangan tersebut adalah satu penghargaan dan pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan Kemas yang banyak berjasa kepada negara. Justeru, beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kakitangan Kemas.

Bekas kakitangan Kemas yang pernah berkhidmat selama 12 tahun, Muhamad Abdul Ghani, 69, berkata beliau gembira kerana pemberian itu membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menghargai pengorbanan golongan tersebut dalam memajukan masyarakat.

"Saya juga berharap pemberian tersebut dapat diteruskan setiap bulan bagi meringankan beban hidup pekerja kontrak seperti saya yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menyara hidup," katanya.

Seorang lagi penerima, Maznah Abu Hassan, 55, yang berkerusi roda selepas kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, pula bersyukur dengan pemberian khas itu kerana ia dapat meringankan beban warga emas sepertinya yang tidak mempunyai pencen.

"Bantuan ini amat bermakna, dan makcik akan gunakan untuk membeli keperluan harian serta ubat-ubatan," katanya. - BERNAMA

GR kata: Terima kasih Kerajaan BN kerana membantu mengurangkan beban rakyat!!

No comments:

Artikel pelbagai