Sunday, March 18, 2012
JANJI PAKATAN RAKYAT DITUNAIKAN?? BAGUS NI...
Betul ke Pakatan Rakyat TUNAIKAN janji melangit mereka?? Segala yang dijanjikan pada rakyat tapi akhirnya rakyat yang menangung kesusahan. Tapi masih ada lagi rakyat yang nak kata ada otak boleh fikir mana yang baik dan buruk...tapi otak mereka macam tu juga. Bila Kerajaan di bawah pemerintahan YAB PM melaksanakan janji pada rakyat, ada saja puak-puak Pakatan ni mengeluarkan dalil mereka.
Dalam Buku Jingga ilham pakatan pembangkang, semua lebuh raya bertol di Malaysia mahu dimansuhkan. Bagus sungguh idea tersebut. Mana ada rakyat Malaysia yg suka dan rela bayar tol. Tapi kita perlu ingat, bermacam-macam idea yg sedap didengar ini dicanangkan oleh pemimpin PKR, DAP dan PAS semata-mata meraih undi rakyat. Belum tentu apa yg digembar-gembur ini akan ditunaikan selepas menang pilihan raya. Tengoklah manifesto Pakatan Rakyat di Selangor, mereka tunaikan ke tak??
Sebelum menang, mereka berjanji akan menamatkan bayaran tol jika berjaya menawan Selangor. Tapi bila sudah menang dan berkuasa, ada sahaja dalih mereka. Alasan utama adalah tanggungjawab itu dikatakan di luar bidang kuasa kerajaan negeri PKR. Mereka campak beban itu kepada Kerajaan Pusat kerana sedar bidang kuasa dan kemampuan mereka kecil. Rakyat kini tidak perlu tertunggu janji2 pemimpin pembangkang ditunaikan – sebab di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pemansuhan tol telah dilaksanakan. Ia dibuat secara berperingkat2.
Tahun lalu pemansuhan kutipan tol dilakukan di plaza tol Cheras dan Petaling Jaya di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac). Terbaru, masalah kadar bayaran tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang yg dikatakan membebankan pengguna laluan itu sudah berakhir semalam, 2 Mac 2012. Penghapusan sebanyak 50 peratus daripada kadar tol sedia ada melegakan pengguna kerana perlu membayar sebanyak RM1.90 berbanding RM3.80 setiap kali berulang-alik ke Kuala Lumpur dan Kajang, sebelum ini.
Ia sebagai hadiah daripada kerajaan kepada rakyat khususnya pengguna terbabit. Nampaknya apa yg diusahakan oleh kerajaan BN sejak 2009 kini berhasil. Pemansuhan tol ini juga adalah janji yg pernah diungkapkan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna. Kini jelas, pemansuhan tol yg diumumkan oleh Najib bukan meniru Buku Jingga.
Sebab itu, jangan ada pihak tertentu yg buat ‘tuntutan’ semua ini hasil usaha mereka terutama pembangkang. Dan bila perkara kurang baik berlaku kepada pihak mereka, semua ini akan dituduh sebagai perbuatan jahat dan konspirasi daripada musuh mereka. Ingatlah, untuk memansuhkan atau mengurang bayaran tol bukan kerja mudah. Ia memerlukan perundingan dengan syarikat konsesi dan kajian secara terperinci dilakukan.
Biarpun ia mengambil masa, masalah dan kepayahan hidup rakyat dapat diringankan oleh Kerajaan BN. Setelah permasalahan rakyat dengan tol lebih terarah sebelah Cheras dan Kajang di Lembah Klang ini, apa kata Kerajaan Pusat mempertimbangkan beban yg terpaksa dipikul oleh warga Shah Alam dan Klang pula. Saban hari penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang terpaksa membayar sebanyak RM4.20 untuk berulang alik dari kediaman mereka sekiranya bekerja di ibu kota.
Guna laluan mana sekalipun untuk ke ibu negara, mereka perlu membayar tol. Jika mengguna Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Shah Alam (Lebuh Raya Kesas) dan Lebuh Raya Lembah Kelang Baru (NKVE) atau Lebuh Raya Damansara Puchong, semua kena ‘sekatan’ tol. Lebuh Raya Persekutuan adalah lebuh raya paling tua di Lembah Klang sekarang sejak mula beroperasi pada 1974. Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan Pusat membuat kajian untuk memansuhkan terus bayaran tol di laluan sibuk ini.
GR kata: Bagus Kerajaan BN kerana sentiasa mendengar keluhan rakyat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment