Monday, March 5, 2012

SAYA MOHON MAAF PADA RAKYAT MALAYSIA - @NajibRazak


Syabas GR ucapkan kepada YAB PM kerana dengan sikap terbukaan beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan lalu yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). Inilah contoh yang perlu diambil oleh semua pemimpin di dalam Barisan Nasional (BN), jangan malu dan segan untuk mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. Kita ini adalah insan biasa yang tidak pernah lari dari sebarang kesilapan...
Barisan Nasional (BN) akan menebus kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu dan berjanji membetulkannya dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Katanya, jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.

"Pada saya, kita jangan angkuh dan bongkak sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dahulu, mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dahulu. Yang menang minta maaf, yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil dekat sini semalam.

Najib berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan. -
Kosmo

GR kata: Tidak ada manusia yang tidak pernah buat silap...Sorang pemimpin Pakatan Rakyat tu baik belaka tak pernah buat 'silap' ek?? he he he

No comments:

Artikel pelbagai