Wednesday, March 7, 2012

PANAS: Ustaz Madrasah Seorang GAY???


Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu.

Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya. Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah.

Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut.

“Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini,” katanya.

Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam. - SH


GR kata: Seorang yang cerdik pandai agama pun boleh 'tewas' inikan pula manusia biasa. Sedarlah wahai umat Islam, hubungan sejenis HARAM disisi agama Islam.

No comments:

Artikel pelbagai