Wednesday, March 7, 2012

Kes Altantuya Bikin Anwar Meroyan Lagi..!!


Penganalisis politik Abdul Razak Baginda tidak mempunyai kes prima facie untuk menjawab pertuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang berlaku pada 2006, menurut penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata, nota-nota yang ditulis Abdul Razak, yang ditemui dalam beg Ketua Inspector Azilah Hadri, berserta dengan alamat penuh kediaman Abdul Razak dan nama bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda, adalah konsisten dengan seorang lelaki yang tidak bersalah yang telah meminta bantuan polis untuk melakukan rondaan di kawasan rumahnya (Abdul Razak) berikutan gangguan dan ugutan daripada Altantuya.

Dalam penghakiman setebal 70 muka surat, Hakim Mohd Zaki juga berkata malahan sekiranya Abdul Razak boleh disimpulkan sebagai mempunyai "motif" berdasarkan semua surat peras ugut daripada si mati (Altantuya), ia tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi sabitannya tanpa sebarang keterangan langsung atau keadaan bagi pembabitannya dalam apa juga cara dalam perlakuan kesalahan itu.

"Saya berpuas hati bahawa tiada prima facie untuk beliau menjawab pertuduhan terhadapnya. Dengan itu, saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkannya dilepas dan dibebaskan," katanya dalam penghakiman beliau yang diedarkan kepada media hari ini.

Mengenai afidavit Abdul Razak, Hakim Mohd Zaki berkata, beliau tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan Abdul Razak bahawa Altantuya telah memeras ugutnya.


GR kata: Nak tunggu Anwar kata lagi sistem kehakiman tak betul ada konspirasi..he he he

No comments:

Artikel pelbagai